Jumaat, September 28, 2012

Sotong Kicap


Lagi satu jenis masakan ringan dan cepat! Kalau dalam sehari masakan segera begini boleh disiapkan dalam masa 10-15 minit walaupun terpaksa membersihkan sotong. Masakan jenis stir fry kalau nak ikutkan boleh cepat siap, hanya campakan apa yang rasa nak dimasukkan kedalamnya je!! walaupun tanpa hiasan sudah cukup untuk membangkitkan selera!  Penting juga dimuatkan masakan simple simple begini kedalam blog, kerana anak anak dapat juga melihat kembali masakan ibu bila ketiadaan nanti.


Bahan Bahan yang digunakan
4-5 ekor sotong yang bersihkan, dibelah dua supaya leper
1 biji tomato (potong empat)
1 batang cili merah (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 tangkai daun bawang/sup

Bahan Perasa
2-3 sudu besar cili boh
1-2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar kicap pekat
garam

1. Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit dan goreng untuk seketika.
2. Masukkan semua bahan perasa dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan tomato, cili merah, bawang besar. bawang putih, daun sup/bawang dan terus angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...