Isnin, Oktober 08, 2012

Acar Timun


Kadang kadang makanan yang simple begini pun boleh kita lupakan ! especially kalau dah malas nak masak sayuran, buat begini dimakan pun membuka selera... Ada masa nak cari idea nak masak dan makan pun boleh memeningkan kepala unless kita dah buat preparation untuk menu pada hari tu..  Senang je nak buat sayuran/acar begini, hanya hiris timun, karot, halia, bawang putih dan tumis bawang putih,  halia, sedikit bawang merah dengan sedikit minyak dan taburkan biji sawi, kemudian masukan hirisan timun dan karot, tambahkan sedikit air, serbuk perasa dan 2-3 sudu teh cuka, masukan gula jika nak maniskan sedikit. Kalau nak bagi 'vogue' sikit apa kata tambahkan kismis, hirisan cili pun boleh juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...