Isnin, Oktober 22, 2012

Sambal Telur

Sambal telur pecah ni memang sedap kalau di makan bersama nasi lemak ke.. Nasi putih ke atau pun cicah dengan roti. Kalau nak buat egg sambal sandwich pun sedap juga! Selalunya kalau terlalu lapar pada hujung hujung minggu maka, brunch dengan nasi lemak dan sambal telur pun memadai sebab hari minggu merupakan hari nak melepak pada waktu pagi dan barulah difikirkan sama ada nak keluar ke atau tidak!

Teringat juga waktu kanak kanak dulu, mak pun buat begitu, jadi terkenanglah balik zaman kanak kanak! Cycle of life is always there to return to our own family. Masakan tidak ia menjadi nostalgia juga!  Still thinking of mom, at this time around...

Bahan Bahan

3 biji telur (terpulang pada hidangan)
2-3 sudu besar cili boh
1 labu bawang besar (dadu)
1 inci halia
sedikit santan (jika mahu) - anggaran 1/2 cawan
1/2 cawan air asam jawa
gula dan garam sebagai perasa

1. Panaskan kuali dengan 2 -3 sudu besar minyak dan tumis halia dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukan cili boh da kacau hingga terbit minyak.
3. Masukan air asam dan 1 cawan air dan biarkan ia mendidih.
4. Masukan bahan perasa - garam dan gula
5. Pecahkan telur kedalam satu persatu (berlainan tempat) dan biarkan ia mendidih dan balikan telur apabila ia menjadi sedikit keras, masukan santan renih hingga satu dua minit sebelum menutup api,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...