Rabu, Disember 05, 2012

Salad Apple


Haa.. bila tak ade sayur untuk dimakan, maka saladlah menjadi hidangan sampingan, dik kerana malas nak ke pasar... salad ni dibuat dari hirisan epal hijau yang kemudian nya digaullan dengan cili yang ditumbuk kasar kasar dan digaulkan dengan hirisan daun parsley dengan sedikit taburan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak.

Bahan Bahan
1 biji epal hijau (dihiris nipis/halus)
1 biji cili merah
sedikit daun parsley/sup
sedikit kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar.
Sedikit sos Ikan, garam dan gula.

Hiris epal hijau, daun sup dan tumbukkan cili merah, gaulkan dengan sos ikan, garam dan gula hingga sebati dan hidangkan dengan taburan kacang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...