Selasa, Februari 26, 2013

Ayam Masak Merah Berkismis


Ini pula, adalah lauk yang dimakan bersama nasi pilaf tu..  Ayam masak merah berkismis. Campuran kismis yang masam manis hanyalah untuk menambahkan rasa manis pada kuah tersebut,  jadi ia merupakan sebagai pengganti kepada gula, sebagaimana kita banyak gunakan sebagai pemanis sesuatu masakan. Cara begini juga sihatkan! Daun parsely/sup juga dimasukan untuk menaikan rasa pada ayam masak merah ni, kerana ia merupakan sebagai penggganti daun kunyit yang selalu saya pakai.. sebabnya tak ada daun kunyit.  Pokok kunyitnya ada pulak ditanam di dalam pasu, masaalahnya, naik sikit ambil, jadi macam manalah kawan tu nak hidup! hmmm.


Untuk resepinya, adalah saperti dibawah.


Bahan Bahan
6-8 ketul ayam yang dibuang kulitnya
Sedikit daun sup/parsley
1/2 cawan kismis bewarna kekuningan
1 kotak santan
1-2 cawan air
3-4 sudu besar minyak masak/sapi
sedikit garam
Rangkaian rempah tumis : 1 cm kayu manis, 2-3 biji buah pelaga, cengkih & bunga lawang

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 batang serai
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
6-8 biji cili Merah
1 sudu besar cili boh

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan terus tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukan ayam dan kacau hingga sebati.
3. Masukan santan kotak dan air, renihkan ayam hingga lembut sambil masukan kismis dan bahan perasa.
4. Apabila kuah mula menjadi pekat masukan daun sup, kacau dan tutupkan api.


Nasi Pilaf





Salam... Memandangkan jarang nak masak masakan begini, entah, tiba tiba teringinlah pulak nak makan nasi pilaf ni. nak makan pun kena ikut mood juga, kalau terajin sikit bolehlah nak masak yang sedap sedap kalau tidak yang simple simple pun lagi sedap. Bagi resepi ini hanya menggunakan karot dan lada bengala sebagai tambahan, ada juga orang yang menggunakan nenas dan lain lain.. Terpulanglah. Masing masing ada cara sendirikan. Taburan badam dan kismis tentu menyedapkan nasi ini jadi dengan lebihan badam dan kismis dirumah, makanya ditaburkan sajelah saperti masakan northern indian tu.. Sukatan air pada nasi adalah setiap cawan nasi, airnya adlah 11/2 cawan, bagi saya, sukatan airnya adalah 1 cawan nasi bersamaan 1 cawan air dan 1/2 cawan susu. Nak peringatlah tu.. Macamlah orang tak pandai masak nasi.. Berikut adalah caranya..

 Bahan bahan
 1 cawan beras Basmathi
 1 cawan air
 1 cawan susu
 1 batang lobak merah (dadu)
 1 labu bawang besar (dadu)
 2 sudu kecil bawang putih & halia yang dikisar.
 1 biji lada bengala/bell pepper (dadu)
 2-3 sudu besar minyak sapi/minyak
 1 cm kayu manis
 2-3 biji bunga cengkih
 3 biji buah pelaga
 Setitik dua pewarna kuning
 2 helai daun pandan
 1 sudu kiub ayam knorr
 1/2 cawan kismis
 1/2 cawan badam
 1 btg daun ketumbar (dihiris halus)

 1. Basuhkan beras dan rendam sebentar, kemudian toskan.
 2. Panaskan periuk nasi masukan minyak sapi/minyak biasa.
 3. Tumiskan bawang, bawang putih halia serta bunga cengkih, pelaga dan kayu manis hingga terbit  bau.
4. Masukan beras dan goreng sebentar. Masukan daun pandan.
5. Masukan air dan susu diikuti dengan lobak merah dan lada bengala
6. Masukan garam dan serbuk perasa.
7. Tutupkan periuk dan renihkan hingga nasi hampir masak dan kekeringan.
8. Ambil sedikit pewarna kuning dan titik sedikit diatas permukaan nasi.
9. Taburkan daun ketumbar, badam dan kismis dan gaulkan nasi supaya bahan tamburan tadi supaya sebati.

 Kalau suka tambahkan juga bawang goreng sebagai hiasan.

Khamis, Februari 21, 2013

Kek Karamel (Caramel)



Satu hidangan untuk minum petang nanti, kek keramel yang simple dan 'moist'... Keknya pula sesuai untuk hidang 2-3 orang saja.. almaklumlah tak boleh buat besar besar.. nanti tak habis, kerana kami hanya tiga beranak saja pada hari ni.. Nak ikutkan bila semua anak anak dah besar, rumah menjadi kosong, yang masaalahnya dah tak banyak kerja, jadi kerajinan lah masak gitu!!  



Kek ni ialah butter kek yang biasa saja tapi untuk mendapatkan rasa moist, ianya disiram dengan sos keramel yang dicampurkan dengan susu dan kemudian dihiaskan pula dengan sedikit hirisan badam dan kacang pistachio. Saja sajalah nak bagi berseri, orang pun boleh mekapkan jadi kek pun nak mekap...  bila dah mekap banyaklah mata yang memandang.. jadi boleh laku lagi cepat.. tapi dia tak nak dipakaikan bedak.. icing lah konon.. biar dia 'tanned' gitu.. Saiz ukuran kek ini pula dalam anggaran 4-5 inci besar nya.. tentu comel! melalut dah.. jadi kisah masyarakat pulak.

Bahan Bahan
200 gm buttercup
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
1 cawan tepung kek (superfine)
1/2 camca kecil cream of tartar
1 camca kecil esen vanilla
1/4 camca garam
1 camca baking powder

Bahan Icing
1 cawan (125 ml) gula
1 cawan air
1 cawan susu penuh krim
1 sudu corn starch
1/4 sudu the garam

Bahan hiasan : Hirisan badam dan pistachio

1. Panaskan ketuhar pada 10 deg. C da griskan acuan dengan butter dan taburkan tepung sedikit.
2. Pukul telur dan gula hingga putih.
3. Masukan telur sebiji, sebiji hingga habis.
4. Masukan esen vanilla.
5. Ayakkan tepung bersama baking powder, cream of tartar dan garam dan masukan sedikit sedikit kedalam adunan kek.
6. Tuangkan kedalam acuan dan bakar selama 25 minit.
7. Sejukan kek dahula sebelum memulakan masakan karamel.
8. Masukan gula kedalam saucepan dan campurkan air dan masakan diatas api yang sederhana hingga kekuningan dan kacau selalu, masukan corn starch, kacau hingga sebati.
9. Apabila gula mula kekuningan angkatkan dan masukan susu dan kacau hingga sebati hingga pekat dan tuangkan keatas kek yang sudah disejukan.


Khamis, Februari 14, 2013

Ayam goreng Gajus

Salam semua, hari ni atas permintaan..masakan hari ini ialah Ayam Goreng Gajus atau serupa dengan Kung Pao Chicken tu.. Tapi, main hentam hentam saja rempah ratus yang digunakan.. Malas nak ikut resipi sebenar..lebih kepada kemelayuan sedikit kerana ia diperap dengan menggunakan cili boh, kicap, halia dan bawang putih yang di tumbuk, kemudian digoreng sambil memasukan gajus, cili kering, daun bawang gitu..





Bahan bahan 1 mangkuk isi ayam Sedikit kicap pekat 1-2 sudu besar cili boh 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia (ditumbuk) Sedikit garam dan madu sebagai perasa Bahan tambahan 1/2 cawan gajus yang telah digoreng 1 -2 batang daun bawang (hiris) 1 bawang besar (hiris) 2-3 cili kering 1. Perapkan ayam dengan cili boh, kicap, bawang putih/halia, garam dan madu selama 10 minit. 2. Panaskan kuali dan goreng ayam hingga terbit minyak. 3. Masukan bahan bahan yang lain dan goreng seketika dan terus angkat untuk dihidangkan.

Khamis, Februari 07, 2013

Puding Roti bersama epal hijau


Kali ini mencuba buat bread pudding atau pudding roti yang dibakar bersama hirisan epal hijau bersama taburan gula perang diatasnya. Enak disejukan sebelum dimakan bersama ais krim jika suka. Ada bermacam cara juga untuk menyediakan 'caramelised apple' ni, tetapi cubaan kali ini mungkin lebih senang kerana epal yang dihiris hanya perlu disusun diatas permukaan bancuhan roti, kemudian ditburkan gula perang dan dibakar hingga gula menjadi hangus.



Penyediaan untuk pudding roti ini, adalah saperti biasa iaitu susu yang dididihkan bersama gula, sedikit garam, esen vanilla,  dan sebiji telur yang dipukul kemudian dimasukan ke dalam didihan susu.


Menggunakan sebanyak 8 keping roti yang dibuang kulitnya, kemudian di susun kedalam bekas kaca saperti diatas yang berukuran  4 x 6 inci bersama dua cawan susu, cukup untuk menutupi kesemua roti yang telah dipotong empat. Epal disusun dan tekankan sedikit supaya mendap kemudian ditaburkan gula perang. Bancuhan ini kemudian dibakar pada suhu 180-200 deg. hingga kekuningan.

Bahan Bahan
8 keping roti (buang kulit dan potong empat)
800 ml susu Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur (dipukul)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula halus
1 biji epal (dihiris)
1 cawan gula perang.

1. Didihkan susu diatas api yang sederhana.
2. Masukan gula, telur, esen vanilla dan garam dan kacau hingga mendidih.
3. Sediakan bekas dan susunkan roti supaya memenuhi permukaan bekas dan tuangkan susu kedalam bekas tadi. Gunakan sudu untuk menekan kesemua roti supaya mendap.
4. Aturkan hirisan epal dan taburkan gula perang pada setiap permukaan epal dan bakar hingga gula menjadi hangus.


Selasa, Februari 05, 2013

Udang & Sotong Goreng Tepung


 Ini merupakan family's favourite... udang dan sotong goreng tepung yang ranggup. Kali ini dibuat berlainan sedikit untuk memberikan lebih perisa pada udang dan sotong goreng ni.
Tambahan rempah kari, bawang putih, daun kari, cili api, serbuk cayenne dan sedikit kunyit bersama tepung ubi dan tepung jagung untuk menambahkan keranggupan makanan laut ni.



Sotong pula di potong halus halus, manakala udang dibuang tiga suku kulitnya, dibuang urat dan dibelah ditengah belakang supaya ia terbuka sedikit.


Diantara bahan bahan yang digunakan - Udang, bawang putih, rempah kari, cayenne pepper, cili api, sedikit kunyit yang kemudian dikisar dan digaul bersama tepung.



Lada Hitam dan serbuk lada cayenne


                        Gunakan pengisar kering supaya senang untuk dicampurkan pada tepung.


Sebanyak 2 sudu besar tepung ubi kayu dan dua sudu besar tepung jagung yang dicampurkan bersama garam dan lada hitam. Gaul bersama sebelum memasukan bahan kisar.


Udang digaul bersama tepung dan bersihkan bahagian ekor supaya menampakan warna kemerahan. Adunan ini haruslah kering.


Goreng hingga kekuningan dantaburkan daun kari kedalam kuali untuk mendapatkan flavour pada minyak. Lebihan tepung boleh digunakan untuk sotong yang dipotong halus halus dan digoreng hingga garing.

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...