Selasa, Mac 25, 2014

Puri bersama kari ayam cincang




Salam semua..  hari yang agak menyedihkan hari ini, kerana semalam, kita dikejutkan dengan pengumuman dari Perdana Menteri tentang berita kesahihan pesawat MH370, walaupun tanpa bukti yang nyata..  Hari hari berita yang dinantikan hingga ke hari ke tujuh belas tentu kita dapat merungkaikan  semua peristiwa dari hari pertama kejadian itu.  Memang tak semudah yang dijangka, tetapi dari apa yang dilihat, banyak negara bersatu padu dalam misi pencarian tersebut. Hanya pada mereka yang kerjanya mengkritik sahaja mempunyai cerita ceriti yang tidak masuk akal langsung kalau kita membacanya.. hingga kesemua orang dipersalahkan dalam hal ini.. Apa nak buat begitulah manusia.. suka buat andaian walaupun mereka bukan pakar dalam hal tersebut.. mereka hanya pakar mengkritik kerana kerja mengkritik  memang mudah, tak perlukan banyak tenaga, hanya buka mulut sahaja.

Makan tetap makan, tetapi yang mudah sahaja untuk makan malam hari ini.. Nak makan pun bukan senang, banyak kerja nak dilakukan.. so pengkritik pengkritik, saya sarankan anda semua buat kerja dahulu sebelum mengkritik.

Tentu anda sudah biasa kan dengan roti Puri ini, ia hanyalah roti yang saya adunkan dari tepung gandum sahaja yang digoreng dengan minyak yang panas hingga mengelembung gitu.. elok dikenakan dengan kari ayam/daging cincang. Senang saja membuatnya.


Bahan Bahan Untuk Kari Ayam Cincang
1 paket daging ayam cincang (Ramlee)
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 inci halia (hiris/sagat)
1/2 cawan kacang peas
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
1 bunga lawang
1-2 cawan air
1 sudu besar rempah kari ayam (Babas)
2-3 sudu besar minyak sapi/canola
1 sudu kecil lada hitam
1 daun salam/kari (terpulang)
sedikit garam

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih , halia hingga kekuningan.
2. Masukan 1 sudu besar rempah kari, kacau sebentar.
3. Masukan sedikit air (anggaran 2-3 sudu besar) kacau hingga terbit minyak.
4. Masukan daging ayam.\
5. Masukan air, renih hingga kuah menjadi pekat.
5. Masukan kacang peas, garam dan serbuk lada hitam.renih hingga terbit minyak dan tutupkan api.


.

Bahan untuk Puri
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2-3 cawan minyak

1. Satukan tepung, baking powder dan garam kedalam mangkuk yang besar.
2. Masukan air sedikit sedikit, uli hingga tidak melekat. Biarkan seketika.
3. Bahagikan adunan kepada 8-10 bebola kecil, leperkan dalam anggaran 4 inci diameter dengan menggunakan rolling pin.
4. Panaskan minyak (benar benar panas) goreng hingga garing dan balikan di kedua dua belah dan terus angkat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...