Kali ini mencuba buat bread pudding atau pudding roti yang dibakar bersama hirisan epal hijau bersama taburan gula perang diatasnya. Enak disejukan sebelum dimakan bersama ais krim jika suka. Ada bermacam cara juga untuk menyediakan 'caramelised apple' ni, tetapi cubaan kali ini mungkin lebih senang kerana epal yang dihiris hanya perlu disusun diatas permukaan bancuhan roti, kemudian ditburkan gula perang dan dibakar hingga gula menjadi hangus.
Menggunakan sebanyak 8 keping roti yang dibuang kulitnya, kemudian di susun kedalam bekas kaca saperti diatas yang berukuran 4 x 6 inci bersama dua cawan susu, cukup untuk menutupi kesemua roti yang telah dipotong empat. Epal disusun dan tekankan sedikit supaya mendap kemudian ditaburkan gula perang. Bancuhan ini kemudian dibakar pada suhu 180-200 deg. hingga kekuningan.
Bahan Bahan
8 keping roti (buang kulit dan potong empat)
800 ml susu Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur (dipukul)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula halus
1 biji epal (dihiris)
1 cawan gula perang.
1. Didihkan susu diatas api yang sederhana.
2. Masukan gula, telur, esen vanilla dan garam dan kacau hingga mendidih.
3. Sediakan bekas dan susunkan roti supaya memenuhi permukaan bekas dan tuangkan susu kedalam bekas tadi. Gunakan sudu untuk menekan kesemua roti supaya mendap.
4. Aturkan hirisan epal dan taburkan gula perang pada setiap permukaan epal dan bakar hingga gula menjadi hangus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan