Jumaat, Mac 22, 2013

Laksa Asam Penang










Salam...  tengah hari ni, kami pekena laksa pulak!  Penang mari punya! Alahai selama ni tak pernah pun nak suka suka nak buat laksa, kerana banyak pula mereka dirumah ni yang tak menggemarinya.  Tapi.... bila dah masak... tibai jugalah tu.  Selama hayat ni makan laksa ni,  saya menggemari kuah yang pekat dan banyak isi serta tidak begitu masam,  ia memberikan satu nostalgia pulak, teringat zaman dolu dolu tu.. 



Memasukan nenas pada laksa juga menambahkan rasa masam manis yang berlainan.. ikut style cina.. Ikan yang digunakan adalah ikan kembung saja... yang pentingnya ialah kuahnya haruslah pekat baru ada uummmph.. Jadi kena pandai pandailah mengagak quanti ikan dan kepekatan kuah dan bahan bahan yang dikisar. Ada dua jenis laksa yang dijual dipasaraya, satu laksa beras dan satu laksa pulut, laksa beras banyak memberikan rasa nasi manakala laksa pulut memberikan rasa yang lebih licin teksturnya.. jadi bolehlah nak pilih laksa beras ataupun laksa pulut..

 

Untuk mendapatkan kuah yang lebih berperisan, elok dimasukan juga  serai yang diketuk, daun kesum dan bunga kantan kedalam kuahnya, Manakala bahan bahan lain saperti bawang merah/putih, lengkuas,  cili giling/ cili merah dikisar bersama ikan yang telah direbus dan dibuang tulangnya. Bahan bahan ini pulak direbus sehingga menjadi pekat saperti memasak asam rebus.


 Bahan bahan Untuk Kuah
1 kilo ikan kembung (direbus bersama 1-1/2 litre air dan disimpan stoknya)
3-4 biji bawang besar (belah kecil
3-4 biji bawang putih
1 cm lengkuas
2-3 batang serai (dua dihiris dan satu diketuk)
4-5 sudu besar cili boh/cili giling
1 batang bunga kantan (dibelah dua)
Segengam daun kesum
1 cawan asam jawa (dicairkan bersama 1 cawan air)
3-4 keping asam keping

Bahan Bahan Laksa
1 biji nenas (dihiris halus)
1 timun hijau (dihiris memanjang)
1-2 batang bunga kantan (dihirs)
Segengam daun pudina
1 cili merah/hijau (dihiris)
2-3 biji telur rebus
3-4 biji limau nipis
1 paket laksa beras/pulut (direndam dan direbus hingga lembut dengan sedikit garam)

1. Bersihkan ikan dan didihkan bersama 1-1/2 liter air hingga ikan lembut/putih, ketepikan ikan kedalam mangkuk, dan bersihkan isi ikan dari tulang dengan menggunakan garpu. Stok ikan diketepikan dahulu untuk disatukan dengan bahan lain.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas, serai, hingga menjadi pes.

3. Masukan pes ikan tadi dan kisar lagi hingga sebati.

4. Tuangkan bahan kisar pada stok ikan tadi dan tambahkan cili giling/boh (anggarkan bahan bahan supaya kuah tidak terlalu cair atau terlalu pekat).

5. Masukan garam, asam keping, serai yang diketuk, bunga kantan dan daun kesum dan rebus hingga mendidih dan pekat.

6. Hidangkan kedalam mangkuk dengan hirisan nenas, telur, timun, bunga kantan, cili, limau nipis dan pudina dan sendukan kuahnya sekali.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...