Khamis, Mei 02, 2013

Bendi Goreng


Salam semua, kembali pada menu hari ini, Kari Ikan bawal, bendi goreng bersama jintan, sambal belacan dan nasi putih.. Hmmm... boleh terliur jugak kalau masa lapar!  Ni pun belum makan lagi!  sebab bila dah duduk dekat komputer ni, maka beratlah ponngong untuk terus bangun.  Takpelah sekejap je nak tulis blog ni.. lagi pun masih menunggu mereka pulang dari solat jumaat. 

Semalam pergi Tesco, terjumpa pulak bendi yang fresh ni dari dalam plastik.. masih muda lagi, macam anak dara.. hihi.. so kalau nak campurkan dengan kari ikan, sudah ada terung, jadi dibuatkan sayur begini pun bestkan!


Senang je bendi goreng ni.. tak payah susah susah nak tumbuk cili ke.. ape yang diperlukan hanya hirisan bawang merah, bawang puth, cili merah yang kemudian ditumis sebelum memasukan sedikit rempah kunyit serbuk, serbuk jintan manis dan jintan kasar.. tu pun terpulang jika mahukan rasanya lebih menyengat... maka tambahkan lagi dos dos serbuk jintan tu.... Haruslah diingatkan bahawa basuhlah bendi dulu sebelum memotong atau menghirisnya, kerana ia akan berlender.

Bahan Bahan
1 paket bendi (anggaran 10 batang bendi muda)
1 biji cili merah besar (dihirs halus halus)
1 biji bawang besar (dadu)
1 biji bawang putih (dadu)
1/4 camca kecil serbuk kunyit
1/2 camca kecil serbuk jintan manis
1/2 camca kecil serbuk jintan kasar
sedikit garam

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis, bawang merah/putih dan cili hingga terbit bau.
2. Masukan rempah rempah diatas, kacau dan tambah sedikit air.
3. Masukan garam dan hirisan bendi dan kacau goreng hingga bendi menjadi lembut dan terus angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...