Jumaat, Mei 17, 2013

Biscotti

Salam semua, anda biasa  buat Biscotti? Biscotti?  Apa itu Biscotti? Biscotti ialah biskut kegemaran orang Itali. Haa. saja nak terangkan kepada yang tidak tahu! So, tak payahlah nak beli biskut biskut kering, kerana ia boleh disimpan selama seminggu. Elok untuk dihidangkan sebagai snek juga...  Lebih kurang saperti scones, bezanya ialah ialah ia dipotong setelah dibakar, manakala scones dibentukkan bulat bulat dan tebal.



Tak susah membuatnya, tak payah nak keluarkan mixer pun kerana ia memerlukan bahan basah dan bahan kering yang kemudian dicampurkan, diuli dan dibakar... itu saja. Satu petua yang dikongsikan bersama ialah sebelum membuat nya, pastikan oven selalu dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit sebelum memasukkan adunan tak kira kek ke, pie ke.. penting, penting penting..

Bahan Bahan kering
2 cawan tepung gandum (lebih sedikit untuk diuli)
2 sudu kecil baking powder
1 cawan kismis hitam
1 cawan hirisan badam

Bahan Bahan Basah
2 biji telur
2-3 sudu Butter (dicairkan)
1/2 cawan gula
Sedikit parutan kulit limau sunkist
Sedikit garam

1. Ayakkan bahan kering di dalam satu mangkuk tidak termasuk kismis dan badam dan letakkan sebelah.

2. Cairkan butter didalam kuali atau masukkan saja kedalam microwave. Satukan gula dan telur, kulit limau, garam dan tuangkan butter kedalam mangkuk yang berasingan  dan kacau atau pukul hingga sebati.

3. Satukan bahan kering dengan bahan basah, masukkan kismis dan badam,kacau dan uli, tambahkan sedikit tepung untuk dijadikan doh yang lembut.


4. Bentuk saperti gambar dibawah dan letakkan atas dulang pembakar yang dilapikkan dengan kertas pembakar.

5. Bakar pada suhu 180 darjah C hingga terbit bau dan biarkan sebentar dan potong memanjang saperti dibawah sebagai hidangan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...