Sabtu, Mei 04, 2013

Lempeng Bawang


Salam semua...  setiap pagi, bagi kaum hawa, selalu dipeningkan dengan menu sarapan untuk disediakan setiap pagi untuk kaum keluarga kan! Fikir punya fikir punya fikir,  pagi ni, saya hentam saja dengan membuat lempeng bawang ni..  Cadangnya nak membuat 'pankek' .. Pankek dengan lempeng pun sama juga, tapi boring juga, asyik manis manis je.. jadi lempeng bawang begini menjadi pilihan.. tambahan pula ada pula kari ikan semalam.. Hentam sajelah.. kalau nak makan cicah sambal tumis pun boleh juga.


Lempeng ini menyerupai 'crepes' yang berbawang besar dan daun bawang, kalau nak tambahkan bahan bahan lain pun boleh juga..  Cara membuatnya pula saperti membuat kueh ketayap atau telur dadar gitu...  Kalau makan pula lebih kurang tosai atau roti canai.. hihi..  nak exagerate sikit.. Ia agak lembut kerana bahan susu digunakan untuk adunan ini.

Bahan Bahan
2 cawan tepung gandum
1-2 cawan susu Dutchlady (anggaran bancuhan crepes)
1 biji bawang besar (dadu)
Sedikit daun bawang (dihiris halus)
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa.

1. Satukan kesemua bahan bahan diatas dan kacau untuk mendapatkan batter saperti kueh ketayap.
2. Panaskan kuali leper dengan sapuan minyak dan gunakan senduk dan tuangkan adunan keatas kuali leper yang telah dipanaskan, dengan menggunakan senduk kacau mengikut arus putaran jam supaya ia menjadi bulat, biarkan seketika dan dengan sendirinya lempeng ini senang tertanggal dari kuali leper, balikan ia untuk digaringkan di sebelah atas untuk beberapa seketika dan terus angkat dan lipat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...