Ahad, Mei 19, 2013

Wanton Goreng

Salam semua, yea kembali dengan resipi Wanton Goreng kalau dimakan panas panas cicah pula dengan sos cili/tomato tentu terangkat!.. Kulit wanton ini senang didapati dipasaraya, so balik boleh lah buat intinya saja, tak kiralah inti daging ke.. ayam ke.. sayuran ke... asalkan kalau dah lapar tu boleh ngap, syukur Alhamdulilah lah.. sesuai juga sebagai appetizer kalau suka...




Kebanyakkan resipi wanton ini dimakan dengan cara mengukus dengan inti yang disukai, tetapi saya rasa lebih selesa menggorengnya untuk kerangupan yang boleh dicicah dengan sos lagi.  Pernah makan disebuah hotel di Medan, tetapi, tidak berapa menyukainya, kerana intinya agak hanyir kerana mungkin intinya tidak dimasak terlebih dahulu dan terus disteam.  Rasaya kalau disteam dengan lebih lama mungkin boleh juga lidah ini menerimanya.  



Untuk isinya, saperti diatas, ia merupakan daging ayam cincang jenama Ramlee, digoreng bersama rempah kari, lobak merah, daun bawang dan tomato, simple je...

Saperti gambar sebelah, isi ayam diletakkan ditengah kulit wanton, dilipat dua, dan diklimkan dengan menggunakan air sebagai pelekat. So dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari, picit saja bahagian atas kulit yang dilipat dan kemudan tolak dan kepilkan saja, tambahkan saja air sebagai pelekat kulit wanton.

Kalau nakkan resipi ayamnya adalah saperti berikut :

Bahan Bahan
1 cawan isi daging ayam cincang (Ramlee)
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia  (ditumbuk bersama bawang putih)

1 batang lobak merah (dadu)
1 biji tomato (dadu)
1 batang daun bawang (hiris)
1 camca besar serbuk kari Ayam 
1 sudu besar lada hitam
1 cawan air
garam, serbuk perasa 
minyak untuk menggoreng (deep fry)

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga terbit bau.

2. Masukkan daging ayam, kacau goreng beberapa minit dan masukkan serbuk kari, lada hitam, serbuk perasa, garam dan air, renih hingga kuah menjadi hampir kering.

3. Apabila kuah hampir kering, masukkan lobak merah, tomato dan renih sebentar dan masukkan daun bawang apabila sudah terbit minyak.

4. Lakukan saperti process diatas untuk membuat wanton sebelum menggoreng hingga garing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...