Sabtu, Julai 13, 2013

Ayam masak jintan





Haa.. selepas masak nasi jintan, tentu ada lauknya kan.. hari ni main hentam saja masak ayam ni, cadangnya nak buat kurma.. tapi rempah kurma ilekkk!!! tangan jalan juga, dicapai serbuk jintan halus dan jintan kasar, kunyit serbuk, cili boh dan dilumurkan pada ayam bersama garam.. hmm lantaklah apa nak jadi jadilah.. asalkan semasa memasak ayam ni, ditokok tambah dengan bahan bahan yang ada tak peduli dah!!.. Tapi bila dah masak, nampak sedaplah pula.. nak rasa sepenuhnya tak boleh! sebab puasa... apa pun boleh tahan juga apabila dimasak dengan cara dan teknik yang betul.. iaitu isi ayam lembut dan cukup bahan perasa .. Insya Allah tak ada yang mustahil. Tengok gambar bawah tu, berlemoihlah sikit.. ini takada fotoshop punya.. nak cepat.. hihi.. So kalau nak resipi nya saperti dibawah..


Bahan Bahan
6 ketul ayam (untuk 2 orang makanlah!)
2 biji ubi kentang (belah 4/6)
1 biji tomato (belah 4)
1 cili merah
1 batang serai (diketuk)
 1 sudu kecil serbuk buah pala
Sedikit daun sup
1/2 santan kotak
1-2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
1-2 sudu besar minyak masak
sedikit garam

Bahan Bahan perap
1-2 sudu kecil jintan manis
1-2 sudu kecil jintan kasar
1-2 sudu kecil cili boh/serbuk
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu lada hitam
garam sebagai perasa (boleh tambah perasa Knorr jika suka)

1. Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 5-10 minit.
2. Panaskan kuali/wok dengan minyak sapi/masak dan goreng ayam hingga isinya menjadi putih dan disaluti rempah.
3. Masukan santan kotak dan air, renih sebentar hingga mendidih.
4. Masukan ubi kentang, renih lagi hingga lembut dan masukan  serbuk buah pala dan serai.
5. Apabila kuah hampir pekat masukan tomato, daun sup dan cili, renih hingga keluar minyak dan tutupkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...