Selasa, Julai 23, 2013

Chicken Chop


Salam semua... hari ni berselera dengan Chicken Choplah pula... nak tukar selera.. dah beberapa hari makan nasi, makan begini pun cukup mengenyangkan.  Menyediakan Chicken Chop memang mudah. Penggunaan tepung KFC yang terjual didalam kotak lebih menyenangkan sebagi salutan pada ayam yang dibuang tulangnya dan bahagian ayam yang digunakan tentulah behagian peha... tapi masaalahnya, ayam yang dibeli oleh Encik Suami adalah ayam yang telah dipotong 12, jadi tercomei laaa Chicken Chop ni.  Ayam bahagian dada dan peha digunakan dengan membuang tulang kemudian, dicincang sikit pada bahagian isi baru disaluti dengan tepung.  Dik kerana tepung KFC ilek!! ceq gunaka tepung gandum sedikit, tepung jagung sikit dan lada hitam sebagai pengganti tepung KFC tu..



Untuk Sosnya, tiga jenis sos digunakan, Sos Cili, tomato dan tiram digunakan untuk membuat kuahnya.. tapi kalau dimasukan sos plum pun sedap juga. Sos nya disediakan dengan mencampurkan kesemua sos kedalam mangkuk sebelum ditumis bersama bawang dan serbuk lada hitam. Sayuran lobah merah, cendawan butang dicampurkan sekali kedalam sos bersama dengan bawang besar yang di potong empat.


Untuk bahan sampingan salad, timun dan wedges disediakan bersama untuk hidangan ini. Hidangan ini hanyalah untuk dua orang saja, kalau nak lebih kenalah gandakan bahan bahan.

Bahan Bahan untuk Ayam
4 ketul ayam bahagian peha (dibuang tulang dan dicincang sedikit)
3-4 sudu besar tepung gandum
3-4 sudu besar tepung jagung
3-4 sudu besar lada hitam
1 biji telur
Garam

Bahan untuk Sos
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
2-3 sudu besar serbuk lada hitam/sos lada hitam)
1 biji bawang besar (dadu)
1-2 ulas bawang putih (cincang)
1 batang lobak merah (hiris kasar)
1 tin kecil cendawan butang (dibelah dua)
sedikit daun sup/parsley
2 cawan air
2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
garam sebagai perasa
1-2 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan untuk ubi kentang/wedges
2-3 biji ubi kentang (dipotong memanjang)
sedikit tepung jagung
sedikit lada hitam
sedikit garam

1. Perapkan ayam dengan bahan bahan diatas dan biarkan sebentar.
2. Satukan ubi kentang dengan bahan bahan dan goreng hingga kekuningan dan toskan.
3. Goreng ayam hingga garing dan kekuningan dan toskan.
4. Untuk kuahnya, satukan kesemua sos kedalam mangkuk dan kacau rata. Tumis bawang besar, bawang putih hingga terbit bau dan masukan serbuk lada hitam. Masukan sos yang dikacau sebati dan kacau sebentar dan tambahkan air, renih bersama lobak merah, renih lagi sebelum memasukan cendawan tiram. Masak hingga lobak merah menjadi lembut.(Tambah garam jika perlu). Apabila lobak sudah lembut masukan tepung jagung dan daun sup/parsley. Masak hingga kuah menjadi pekat.
5. Hidangkan bersama salad, timun, ayam yang digoreng dan tuangkan sos diatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...