Sabtu, Ogos 24, 2013

Sup Ayam



Salam semua..  Walaupun masih mendapat jemputan Hari Raya.. masakan begini yang simple tentu lebih menyelerakan walaupun dimakan dengan nasi putih, panas.. panas.. gitu..  Kebanyakan rumah terbuka akan terus dihidangkan dengan ketupat, rendang, ayam masak merah, nasi beriani, satay, wah!! hingga terasa .. cukuplah dengan masakan begitu.. dan hanya mahukan yang tidak pedas buat perut yang dah mula meragam... yang penting silaturahim yang harus dipupuk diwaktu begini kan..

So nak menyejukkan perut yang dah terasa panas dengan rendang, so, memasak sup dan ayam goreng begini pun cukup.. tambahan cuaca yang tidak menentu.. ada kalanya panas sehingga berkuap.. tak tahan rasanya.
Tak usah kata budak budak pun suka namun sesuai saja untuk semua.

Memasak sup pula, bagi sesetengah orang, ada yang merebuskan ayamnya dahulu sebelum ditumis atas, tapi bagi saya, lebih suka jika ditumis segala bahan bahan dahulu sebelum memasukan ayam dan bahan bahan lain.. tak banyak kerja. Lain orang lain caranya. Manakala, ayam yang digoreng adalah dari bahan bahan kisar dari lebihan membuat rendang, yang masih disimpan, sebelum di lumur dan diperapkan pada ayam sebelum digoreng.


Bahan Bahan kisar/tumbuk 
5-6 ulas bawang merah/2-3 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada putih/hitam

Bahan Bahan Lain
6-8 ketul ayam yang dipotong kecil
1 batang lobak merah (dipotong kasar)
2-3 biji ubi kentang (belah empat/enam)
4-5 cawan air
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
3-4 sudu besar minyak masak
2-3 bunga cengkih
2-3 biji buah pelaga
2-3 bunga lawang
1 inci kayu manis
garam secukupnya
2-3 sudu besar minyak 

1. Panaskan periuk dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga terbit bau.
2. Masukan ayam, kacau dan hingga sebati, dan masukan air dan renih hingga mendidih.
3. Masukan ubi kentang dahulu, renih sebentar sebelum memasukan lobak merah.
4. Masukan sedikit hirisan daun bawang kedalam sup dan renih hingga ayam, kentang dan lobak merah benar benar lembut dan taburkan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus sewaktu menghidang.

## kalau suka masukan sup bunjut sebagai tambahan dan taburkan bawang goreng jika suka.. kerana ini merupakan sup yang simple saja..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...