Ahad, September 22, 2013

Mee Hailam

Salam Hari Isnin ... Hari ni tengah hari makan Mee Hailam saja... bukan apa.. letih... nak masak pun kena fikir juga... bila letih makan simple simple begini pun sudah cukup... lepas tu boleh lepak lepak dan rehat...

Mee Hailam ni memang cepat dan mudah untuk dimasak dan tak perlulah nak susah kalau semua barangan yang ada dalam peti sejuk itu dikeluarkan, main campak campak saje kedalam kuali tu..

Penambahanan sayuran 'tau miu' pada mee ini menambahkan rasa saperti taugeh yang agak berlainan sedikit dari mee hailam yang biasa saya masak.

"Tau Miu"  atau taugeh hijau ni memang sedap juga kalau dimasukan kedalam bahan bahan mee atau bihun so terpulanglah kalau nak masukan ia atau tidak..


Bahan Bahan
1 kg mee kuning
4-5 sotong basah/isi ayam atau udang/daging (terpulang)
2 batang sawi cina (hiris satu inci)
1 cawan 'tau miu'
1 batang karot (dihiris)
1 batang cili (dihiris)
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Bahan Bahan tumis
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap lemak manis
sedikit garam (terpulang)
2-3 sudu besar minyak masak
2-2 cawan air

1, Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukan sotong/isi ayam dan kacau goreng sebentar.
3.Masukan cili boh, sos tiram, sos lada hitam, kicap dan garam.
4. Masukan air dan renih sebentar dan masukan tepung jagung.
5. Masukan, karot, sayur sawi dan 'tau miu', lembutkan sebentar.
6. Masukan mee kacau hingga sebati (tambahkan air, kicap jika perlu)
7. Pastikan mee benar benar lembut dan hidangkan dengan cili potong.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...