Rabu, September 18, 2013

Seri Muka Kastard



Salam semua..  hari mood stim pulak atau kukus.. teringat pulak Masterchef Malaysia kukus, gril, panggang.. kukus... grill.. panggang.. hmmm.. kukus ke stim ke sama aje... Memandangkan bila dah keluarkan 'steamer' tu, apa lagi main kukus lah!! pagi dah kena apam, petang kena pulut seri muka ni.  semoga hari ni berseri serilah hendaknya, tapi masaalah nya lunch keluarlah pulak, terpaksa ke bank.. balik balik dah pusing.. bukan apa kepala pusing sebab panas pula cuaca hari ni.. bila dah petang terpaksa buat kopi untuk menghilangkan kepala ku yang pusing ini.. asalkan  tak naik stim... alhamdulilah.


Memandangkan semua daun pandan dirumah ni dah habis kong! tak mahu dan malulah pula nak minta dekat jiran maka dibuatlah serimuka kastard ni..hmmm... boleh tahan jugalah rasanya.. tak angkat bakul tau! tapi rasanya not badlah gitu..so sesiapa yang susah nak dapatkan daun pandan buat saja begini kan ..kan... Rasanya pula saperti sos kastard makan dengan pulut gitu.. nak resepi dibawah :

Bahan Bahan Pulut
2 cawan pulut
2 cawan air
3-4 sudu besar santan kotak
sedikit garam

1. Panaskan pengukus dengan air yang secukupnya.
2. Basuh pulut hingga jernih airnya, masukan kedalam loyang berukuran 6 inci diameter.
3. Masukan air - sama paras dengan pulut.
4. Masukan santan dan garam, kacau hingga sebati dan kukus pulut hingga masak selama 25-30 minit dan keluarkan.
5. Dengan menggunakan belakang senduk/plastik tekap dan tekan pulut supaya sejat dan sama rata. Ambilkan garfu dan cucuk pulut yang telah di tekan untuk memudahkan perisian lapisan atas kastard.

Bahan Lapisan Kastard
1 biji kelapa parut (di blender bersama 2-3 cawan air untuk mendapatkan anggaran 1/1/2 cawan pati santan.)
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam

1. Kisarkan kesemua bahan diatas hingga sebati.
2. Tuangkan kedalam periuk dan didihkan diatas api yang perlahan hingga pekat sedikit (hingga berasap jea)
3. Tapis dan tuangkan adunan keatas permukaan pulut dan kukus selama 20-25 minit.
4. Gunakan pencungkil gigi dan cucukan kedalam kastard supaya ia keluar denga keadaan bersih untuk mengetahui kastard benar benar masak dan sejukan sebelum memotong.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...