Salam semua, hari tu ada membuat Red Velvet Cupcake kan.. ini pula merupakan Lamington cake dari satu adunan yang sama. Adunan yang dibahagi dua, kerana ingin mencuba membuat Lamington cake yang kecil dan leper saiznya.. Jadi setengah adunan cake telah diambil dan dimasukan kedalam tin yang bersaiz 5x7 inci untuk mendapatkan cake yang leper setebal 1/2 inci atau, boleh juga di bakar pada saiz satu inci tingginya untuk mendapatkan impak yang menarik.
Ia merupakan kek cokelat berkelapa, samada hendak memotongnya menjadi segi empat tepat yang lebih kecil kemudian disalutkan dengan cokelat atau boleh juga dibiarkan disaluti cokelat pada keseluruhan kek dan kemudian dipotong segi empat tepat kecil. Dibuat begini adalah kerana adalah lebih senang dan menjimatkan masa. Terpulanglah pada citarasa masing masing.
Bahan Bahan Kek
250 gm Butter
3/4 cawan (250 ml) gula halus
4 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik (baking soda)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
1. Panaskan oven pada suhu 160-170 darjah C, Sediakan tin pembakar yang leper berukuran 4x8 atau 4x6 inci dan sapukan sedikit butter dan taburan tepung.
2. Pukul Butter dan gula hingga kembang
3. Masukan telur satu persatu.
4. Masukan esen vanila.
5. Ayakan tepung, baking powder dan garam dan masukan kedalam adunan dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tuangkan kedalam acuan (boleh dibahagikan dua untuk mendapatkan kek yang leper, tetapi tidak terlalu leper anggaran 1/2 hingga 1 inci). dan bakar selama 20-25 minit dan sejukan.
Bahan Bahan Frosting
200 gm cokelat masakan
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/4 cawan susu milkmaid
1 sudu besar butter
sedikit garam
1 cawan kelapa parut (dalam tin)
1. Didihkan air kedalam periuk sebanyak 3-4 cawan.
2. Masukan cokelat masakan, gula, susu cair dan milkmaid dan garam dalam satu bekas/mangkuk yang tahan panas lebih besar dari saiz periuk dan letakan mangkuk diatas periuk air yang mendidih untuk mencairkan adunan cokelat. Kacau hingga cair dan sebati.
3. Setelah hampir cair, masukan butter dan kacau hingga sebati.
4. Sejukan selama 1 jam hingga adunan menjadi lebih pekat.
5. Tuangkan keatas cake yang telah disejukan.
6. Tabukar kelapa kering diatas permukaan cokelat dan biarkan seketika sebelum memotong segi empat tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan