Salam Jumaat semua, semoga semua diberkati dibulan Muharram ini... hari ni tak nak makan nasi.. jadi orang Italy sat... sat je pasal makan yea, tak jadi Italian pun... bermasakan bersama anak dara didapur dengan dua resepi, satu Lasagna dan satu lagi pizza.. dengan menngunakan kuah atau sos yang sama untuk pizza dan lasagna.. so jimatlah masa dengan dua resipi. Kuahnya adalah mince chicken atau daging ayam cincang bersama sos traditional Prego Tomato... gitulah bunyi nye... kita nak sound dia pun tergulung jugalah lidah ni... hihi... Berkenaan crust/dohnya pula saya lebih suka yang thin crust/nipis sebab lebih rangup.. Nak bercakap pasal pizza pun siapa pun pandai membuatnya kan.. kan.. kan....
Kali ni rasa puas hati sikit kerana doh nya dibuat sendiri, kerana selalunya kalau pizza, main order order jea.. kalau nak buat pun, ready made atau yang dah siap punya doh digunakan... tak payahlah kita nak samakan dengan topping topping saperti menu Pizza Hut topping Home Hut pun bolehkan... main hentam sajalah dengan topping topping sendiri..
Bermula dengan membuat doh dipagi hari dan membiarkannya hingga pukul 11.00 tengah hari barulah memula ekpedisi membuat pizza dan lasagana.. memang cepat. Doh yang dibuat pula diuli beberapa kali dan dibiarkan mengembang hingga 2/3 kali saiz yang biasa dapat menghasilkan doh yang baik.
Bahan untuk Doh
4 cawan tepung gandum/roti
2 sudu kecil yeast (marzipan)
1 cawan air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1-2 sudu kecil minyak zaitun
1. Bancuhkan serbuk yeast bersama gula dalam air suam, kacau sedikit dan birkan ia membuih.
2. Gaulkan tepung dengan garam didalam satu mangkuk yang besar.
3. Tuangkan bancuhan yeast kedalam tepung dan uli sebentar hingga tidak melekat pada mangkuk.
4. Masukan minyak zaitun, uli lagi hingga sebati.
5. Tutupkan mangkuk dengan menggunakan cling film/tuala dan biarkan selamat beberapa jam hingga adunan mengembang.
6. Tambahkan dengan sedikit tepung dan uli hingga mendapatkan texture tepung gebu dan lembut.
7. Tarik dan leperkan keatas dulang pembakar dan ketepikan.
Bahan untuk kuahnya.
1 paket daging ayam cincang
1 tin sos Prego traditional (tinggalkan sedikit untuk doh)
1 labu bawang besar
1-2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar minyak zaitun
2-3 Bay leaf
2-3 sudu kecil oregano
1-2 cawan air
sedikit garam
1. Panaskan periuk dengan minyak zaitun dan tumis bawang putih/merah bay leaf, dan oregano hingga terbit bau.
2. Masukan ayam cincang, kacau hingga ayam menjadi putih.
3. Masukan sos Prego.Tambahkan garam dan lada hitam,
4. Masukan air dan didih/renih hingga kuah menjadi pekat dan berminyak dan tutupkan api.
Bahan Bahan tambahan
1 paket Cheese mozarella
1 batang cili hijau/bengala (dihiris)
1 biji tomato (hiris bulat)
1-2 batang sausage ayam (dihiris)
1 labu bawang bombay (Bombay Onion) (hiris bulat)
Sedikit sos tomato Prego sebagai sapuan pada doh
1. Leper dan tarik doh nipis dan memanjang,
2. Sapukan sedikit sos Prego,
3. Masukan sos yang dimasak tadi kurangkan kuahnya dengan mengambil ayam sahaja.
4. Letakan sausage ayam, tomato, cili hijau/bengala dan taburkan cheese diatasnya.
5. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit.
** Tips.. panaskan oven dahulu selama 15-20 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan