Ahad, Disember 08, 2013

Kek Pisang Kismis


Salam hari Isnin yang cerah pagi ini.. cuaca semalam pun cerah gitu.. tak tahulah dikawasan kawasan lain tapi masih mengharapkan keadaan banjir di nerara ini, bertambah baik hendaknya. Kasihan pada mereka yang melalui suka duka kehidupan yang amat teruja sekali.. Hanya kesabaran dan keimanan saja yang dapat mempetahankan diri mereka.. Insya Allah ada hikmah disebaliknya.

Hari hari juga dilalui dengan keadaan dan keperluan masing masing, nampaknya masak tetap masak kalau tidak tak makankan.  Sudah beberapa hari teringat kan pisang.. pisang makan yea!.. teringin pula hendak mencuba resipi dari pisang, walaupun banyak sudah kek yang dibuat dari pisang, tapi ini adalah percubaan yang agak memuaskan hati.. Satelah membuatkan kajian pada resipi ini, agak pelik juga bila mendapati resipi yang diterbitkan agak jangal kerana sukatan nya agak manis, dek kerana itu, saya telah membuatkan sedikit perubahan pada resipi kek pisang ini dengan mengurangkan gula tetapi ditambahkan dengan kismis, malah pisang berangan yang digunakan memang manis jadi tak perlulah meletak gula berlebihan demi kesihatan.


Selalunya, apabila membuat kek, saya lebih senang menggunakan mixer, tetapi kali ini mencuba memukul bahan butter dan gula dengan tangan, tak susah mana pun, dalam 20 minit siaplah kek ini.

Bahan Bahan kering (diayak)
120 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
Sedikit garam

Bahan Bahan basah
110 gm butter
100 gm gula
4 ulas pisang berangan (dilenyek)
2 biji telur (bersaiz besar)
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan kismis hitam

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sediakan acuan pembakar berukuran 2x6 inci, sapukan sedikit butter dan taburan tepung.

2. Pukul butter dan gula dalam satu mangkuk besar hingga kembang
.
3. Masukan telur, sebiji sebiji, pukul/whisk hingga sebati.

4. Masukan vanila diikuti dengan pisang, kacau rata.

5. Masukan tepung, kacau hingga sebati.

6. Tuangkan kedalam acuan dan taburkan dengan kismis. Bakar selama 25 minit dan sejukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...