Jumaat, Disember 13, 2013

Pulut Inti


Hari ini, teringatkan pulut yang berbaki semasa membuat Seri Muka Durian tu..  jadi nak habiskan saki bakinya terpaksalah membuat sesuatu,  Masaalahnya, tidak dapat membuat keputusan mengikut tekak pada hari ini.. Masha Allah... itu pun susah!.. aleh aleh dibuatkan saja pulut inti ini,   Masakan berasaskan pulut ni, jarang sekali dibuat, hanya apabila berkeinginan baru terasa hendak membuatnya. Teringat waktu dahulu bila ibu memasak pulut dicicah dengan kelapa yang digaulkan dengan sedikit garam, dan dimakan bersama ikan kering yang digoreng garing... Wah!! terangkat juga!! tapi memandangkan kalorinya, tak jadilah nak buat pulut sebegitu... nanti bertambahlah pula darah tingi dan sebagainya... Walau apa pun makan tetap makan tetapi dengan sederhana!!

Kalau diamati cara cara memasak pulut, cara yang senang adalah sama ada kita hendak mengukusnya atau terus masakan kedalam periuk nasi elektrik dan masukan saja santan dan garam, sama paras dengan pulut dan dibiarkan ia dimasak sendiri, atau kukus saja dengan sukatan yang sama, tak payah hendak menrendamkan lagi.


Bahan Bahan
2 cawan pulut
2 cawan santan kotak (anggaran)
sedikit garam

1. Basuh pulut hingga bersih, masukan kedalam loyang, taburkan garam, kacau hingga sebati.
2. Kukus selama 15-20 minit hingga berkilat dan keluarkan.

Bahan Bahan Inti
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit garam

1. Masakan gula dengan air kedalam periuk kecil bersama daun pandan diatas api yang sederhana hingga mendidih.
2, Masukan kelapa dan sedikit garam, kacau diatas api yang perlahan hingga hampir kering dan tutupkan api.
3. Hidangkan bersama pulut yang dikepal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...