Ahad, Februari 09, 2014

Biskut Badam Cokelat Chip


Assalamualaikum semua, nampaknya hari raya cina dah habis, berbaliklah pula dengan rutin biasa yang harus dilalui sama ada kita suka atau tidak.. Yang penting apa yang patut dilakukan, terpaksalah dilakukan untuk meneruskan kehidupan ini.

Cadangnya hari ni, nak buat Kek Belang, tetapi ditegur oleh anak dara ku, kerana asyik buat kek sahaja, katanya kawan nya sibuk bertanyakan 'Your mom tak buat cookies ke'... wah!! terasa saperti mereka juga menantikan sesuatu masakan dari dapur Masak Makan ni... Haiii... nak buat pun kena ikut mood jugakan..

So hari ni, kedapurlah kami berdua, sianak membuat 'Gyoza' kegemaranya dan emak pula membuat Biskut Badam ni,  Aaiiikkkkk.... terbalik pula, selalu anak daralah yang suka baking membaking ni, tetapi mak pula yang membaking... Takpelah asalkan ada joint venture pun seronok juga lah.  Sebenarnya memang kesuntukan masa kerana dia harus pulang pada tengah harinya.


Membuat biskut memang mudah, tetapi memerlukan masa juga untuk membakarnya, Kalau nak yang fancy fancy tu, maknanya panjanglah usia anda didapur, jadi biskut begini tak banyak kerenah tak payah nak piping .. piping ke,.. nak tekan tekanke, hanya dengan 'drop drop' saja ni.. maknanya hanya dengan menggunakan sudu kecil, kepal kepalkan, kemudian digelekan pada badam  (almond lakes) untuk dilekatkan dan letak saja diatas dulang pembakar dan bakar hingga kekuningan. Boleh juga dibulat bulatkan gitu... Adunan ini tak perlu membulatkannya besar besar kerana ia akan mengembang, jadi elok sebesar ibu jari sahaja besarnya.



Bahan Bahan Kering
2 1/2 cawan (250 ml) tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan cokelat chip
(Ayak bahan diatas dan ketepikan)
1 cawan badam  (Almond flakes)

Bahan Bahan Basah
250 gm buttercup
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil garam

1.  Panaskan oven pada suhu 150 darjah C dan lapikan kertas pembakar pada dulang pembakar.
2.  Pukul butter dan telur hingga kembang.
3.  Masukan telur, kacau hingga sebati.
4.  Masukan esen vanilla dan sedikit garam.
5.  Satukan Bahan kering (tanpa badam) dan uli sebentar hingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
6.  Sudukan atau bulat bulatkan adunan dan gelekan pada hirisan badam supaya ia disaluti sepenuhnya, letakkan pada dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...