Selasa, April 08, 2014

Bun & Cinnamon Rolls.


                

Salam semua, hari ini nak masukan entri roti bun ini kerana saya rasakan hasilnya lebih memuaskan hati. Pada permulaan membuatnya dulu, tidaklah segebu yang dibuat ini.  Caranya juga amat berbeza daripada cara terdahulu.  Almaklumlah.. dari dulu roti meroti ini memang tidak menjadi minat pada saya kerana ia lebih senang di beli dari membuatnya. Apabila sesudah membuatnya pertama kali, rasa..memang senang tinggalkan cara membuatnya memakan masa yang agak lama dari segi teknik membiarkan ia mengembang, sebelum membakarnya.  Kali ini, dari satu adunan dijadikan dua bun yang berlainan, satu adalah bun kelapa bersama bijan dan satu adalah kelapa, Cinnamon (serbuk kayu manis) rolls.


Dahulu, bapa mentua ada memberikan 'bread maker'  pada saya, Wah.. memang masa tu malas, perasaannya tak kan nak buat roti hari hari kut!.. lama lama ia disimpan dan akhirnya diberikan pada orang lain.. Sekarang ni bila dah rajin nak masak.. rasa nak menyesal pun tak boleh sebabnya, bila dah terniat hendak memberi tak bolehlah nak mengambilnya balik pula... kan.. kan.. Hmm tak payah bread maker, tangan maker pun boleh menjadi juga. 


Bahan Bahan Kering
2 cawan tepung 'High Protein' (tambahan 1/2 cawan untuk diuli)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil emplex (pelembut roti)
3-4 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam

(Satukan kesemua bahan diatas didalam sebuah mangkuk besar)

Bahan Basah
1 1/2 cawan susu cair Dutchlady
2 sudu besar butter/vitalite
1 sudu besar yis kering
1 telur merah.
2-3 sudu besar minyak zaitun

Bahan untuk kelapa
1 cawan kelapa parut
2-3 sudu besar gula perang
sedikit garam
(Satukan bahan diatas, gaul hingga sebati).

Bahan tambahan : 2 sudu besar bijan, 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan 1 biji telur (dipukul untuk sapuan)


1. Cairkan butter bersama susu cair didalam periuk keatas api yang perlahan, biarkan ia sebentar supaya ia suam suam kuku.
2. Masukan yis, kacau hingga sebati dan biarkan selama 5-10 minit hingga berbuih.
3. Setelah berbuih masukan telur merah, kacau hingga sebati.
4. Satukan bahan basah kepada bahan kering, uli seketika.
5. Tambahkan tepung sedikit sedikit uli, supaya tidak melekat dan bulatkan.
6. Masukan minyak zaitun kedalam mangkuk, uli adunan tadi dan bulatkan)
7. Tutup dengan menggunakan tuala/cling film, biarkan selama satu jam supaya ia menjadi dua kali ganda dari saiz asalnya.
8. Keluarkan dan tumbuk sebentar untuk mengeluarkan udara.
9. Bahagikan kepada 12 bahagian kecil. Isikan inti kelapa, tutup dan bulatkan semula (buatkan hingga habis) letakan kedalam acuan empat segi yang dilenserkan dengan sedikit butter, biarkan semula dengan menutupnya dengan tuala selama satu .
10. Sapukan dengan telur yang dipukul ke atas permukaan roti, taburkan bijan dan bakar selama 20 minit.
11. Untuk Cinnamon Rolls, leperkan roti dengan menggunakan rolling pin, taburkan kelapa dan serbuk kayu manis tadi, gulung dan potong bulat kecil anggaran 1inci, susunkan kedalam acuan, biarkan selama satu juga, sapukan telur, bakar selama 15-20 minit.
.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...