Isnin, April 28, 2014

Mee Kari Ayam



Salam semua.. satu lagi juadah untuk hari ini, Mee Kari yang mudah mudah jea.. mudah dari segi penjimatan masa didapurkan.. Kalau sudah biasa tentu seseorang akan berasa cekap dengan cara membuatnya, terutama sekali tentang apa yang harus dilakukan dahulu.  Untuk memudahkan kerja didapur, sama ada seseorang suka menyediakan bahan bahannya dahulu sebelum memasak atau terus sahaja memulakan dengan memanaskan periuk dan terus menumisnya.. itu terpulang pada setiap bahan yang memang sudah ada.  Untuk memudahkan pergerakan didapur, elok dimulakan dengan yang berat dahulu umpamanya menyediakan kuahnya dahulu sambil menunggu kuah nya mendidih baru lah diikuti dengan menyediakkan bahan bahan lain... itu pun terpulang lah dengan cara sendiri.


Bagi kuahnya ia adalah isi ayam yang dicampurkan dengan kacang panjang, taukua kering, dan lain lain. Jadi kuahnya merupakan kuah yang mudah sahaja. Mee dicampurkan dengan bihun, mungkin saya lebih suka begini.


Bahan Bahan utama
1 mangkuk isi ayam bersama sedikit tulangnya sekali.
1 kg mee kuning
2 lapis bihun
2 biji telur (direbus)
6 batang kacang panjang (dipotong 1 inci)
1 biji tomato (belah empat)
2 limau nipis (
6- 8 taukua kering
1 batang daun bawang (dihiris)

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 inci halia (hiris)
1 batang daun kari
rempah 4 serangkai (3 ulas buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan 1 inci kayu manis)
2-3 camca besar rempah kari Babas (ayam)
1 kotak santan kotak
4-5 gelas air/stok ayam
garam dan serbuk perasa
1/4 cawan minyak masak

1.  Panaskan periuk, tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari hingga terbit bau.
2.  Masukan ayam, kacau rata hingga ayam menjadi putih.
3.  Masukan air, renih sebentar, masukan garam dan serbuk perasa
4.  Masukan santan kotak, kacau sebati hingga mendidih.
5.  Apabila ayam hampir empuk masukan kacang panjang dan tomato renih hingga mendidih.
6.  Didalam periuk yang lain, rebus telur hingga masak dan angkat.
7.  Celurkan pula, bihan, kemudian mee dan toskan.
8.  Masukan mee, bihun, daun bawang, taukua kering, telur rebus, cili tumis dan senduk kan kuah kari yang sudah dimasak.

Bahan untuk cili tumis
3-4 sudu besar cili boh
3 ulas bawang kecil
1/2 cawan air asam jawa/air limau nipis
garam dan gula
2 sudu besar minyak

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah hingga garing.
3. Masukan cili boh.
4. Masukan air asam jawa/limau.
5. Tambahkan garam dan gula sebagai perasa, masak hingga garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...