Khamis, April 24, 2014

Sup Sotong


Lagi satu juadah untuk hari jumaat hari ini.. begitu lama sekali hendak membuat sup sotong ini, akhir dapat juga membuatnya memandangkan sesuai untuk tekak yang meragam beberapa hari ni.
Sotong yang dibeli adalah jenis sotong basah yang besar memang sesuai kerana dapat merasakan isinya yang agak liat liat gitu.. tapi jika dimasak dengan betul tentu ia lembut juga.


Memang menaikkan selera apabila dikenakan dengan nasi putih yang panas. Walaupun tidak ada daun sup yang dimasukan hanya daun bawang, oklah juga tu.. tapi kalau dimasukan daun sup akan bertambahlah rasanya.


Bahan Bahan Tumbuk/kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar lada hitam

Bahan Bahan
1 mangkuk sotong basah (dihiris panjang)
1 batang dun bawang
1 biji tomato kecil (dibelah 4)
1 batang lobak merah (dipotong serong)
1 biji ubi kentang (dibelah 4/6)
3-4 cawan air (dari lesung/pengisar)
1 inci kayu manis
2-3 ulas bunga lawang
2-3 buah pelaga
3 sudu besar minyak 
sedikit garam

1.  Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kacau hingga terbit bau.
2.  Masukan air, renih hingga hampir mendidih dan masukan ubi kentang.
3.  Masukan lobak merah, didih lagi hingga hampir lembut.
4.  Masukan sotong dan tomato, kacau, didihkan selama 8-10 minit hingga sotong menjadi lembut.
5.  Masukan sedikit batang daun bawang, dan garam, masak hingga supnya agak pekat dan tutupkan api. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...