Ahad, April 27, 2014

Vadai




Hari ini mencuba buat 'vadai' yang sedap dimakan panas panas. Percubaan agak mencabar ketika membentuk dan menggorengnya kerana adunan yang agak lembek dan lembut gitu, jadi kena pandai pandai mengagak tekstur adunan supaya ia benar benar tidak melekat, kental dan lembut semasa menggorengnya. Almaklum orang yang membuatnya bukanlah pro kerana takut hendak mencubanya, tapi aleh aleh jadi juga.... Hidangan ini sedap kalau dicicahkan bersama apa jenis kari pun atau sambal kelapa, tetapi memandangkan ada membuat sambal bilis... Wah!! terangkat juga...

Membuat adunan nya memang mudah dari segi bahan bahan yang digunakan adalah 'Urad Dal' atau Urlundhu yang direndam selama beberapa jam, dikisar hingga menjadi pes dengan sedikit saja air, anggaran 3-4 sudu besar supaya adunannya pekat. Ia kemudian ditambahkan dengan bawang besar yang dipotong dadu, daun kari yang dicincang, daun bawang dan sedikit jintan halus. Untuk mendapatkan rasa kerangupan elok ditambahkan dengan tepung beras.

Cara membentuk nya pula adalah dengan membasahkan sebelah tangan dan dibentukan dengan mengguna ibu jari yang ditekankan ditengah tengah gengaman adunan tadi lalu dilarutkan kedalam minyak, digoreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan. So.. kalau rasa nak mencuba nya elok dicuba beberapa kali supaya adunan tidak melekat dan mudah untuk dilarutkan kedalam minyak yang panas.

Bahan Bahan
1 cawan Urad Dal (direndam selama 3 jam atau lebih)
3-4 sudu besar air (anggaran)
3-4 sudu besar tepung beras
1/2 cawan bawang besar (dadu kecil)
1/4 cawan daun kari (dicincang halus)
1 batang daun bawang (dicincang/potong)
1 sudu besar jintan halus
garam secukupnya

1.  Kisar dal kedalam bahan pengisar dengan 3-4 sudu besar air hingga menjadi pes yang tebal.
2.  Masukan bawang, daun kari, daun bawang, jintan halus dan garam secukupnya.
3.  Masukan tepung beras (kacau hingga tidak melekat).
4. Panaskan minyak diatas api yang perlahan, gengam adunan dan tekankan ibu jari ditengah adunan yang bulat dan larutkan kedalam minyak. Goreng hingga kekuningan dan toskan diatas kertas dapur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...