Isnin, Mei 26, 2014

Ayam Masak Merah


Inilah dia Ayam Masak Merah yang dimakan bersama Nasi Tomato, yang mudah aje kerana ia disediakan tanpa menggunakan banyak bahan. Terkadang yang mudah lebih menyelerakan kerana ia cukup untuk dijadikan lauk bersama Nasi Tomato .. kalau bukan nasi tomato nasi putih pun apa salahnya kan.. (hidangan ini hanya untuk 3-4 orang sahaja)

Bahan Bahan
8-10 ketul ayam
1/2 cawan pati santan dari santan kotak
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (4-5 ulas bawang kecil) (dihiris)
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk bersama halia)
1/2 inci halia
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cili boh
3-4 cawan air
2 keping asam keping
Rempah serangkai : 3 ulas - buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang 1/2 inci kayu manis.
2-3 sudu besar minyak sapi
sedikit garam

1. Panaskan periuk dengan minyak sapi, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah serangkai hingga terbit bau.

2.  Masukan pes tomato, cili boh, kacau hingga terbit minyak.

3.  Masukan ayam kacau seketika sebelum memasukan santan dan air.

4.  Renih hingga kuah menjadi pekat bersama daun kunyit dan asam keping. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...