Khamis, Mei 08, 2014

Tofu Masam Manis



Satu lagi resepi untuk hari ini.. Tofu Masam Manis.. dah lama juga dah beli tofu ini, tetapi masih belum mahu memasaknya.  Tofu ini memang boleh tahan lama kalau disimpan didalam peti sejuk.
Jadi elok saja disimpan jika ada keperluan untuk memasaknya boleh saja dimasak nya any time jea. Selain dibuat sup tofu buat begini pun sedap juga apabila mood memasak mahu yang mudah mudah saja kan...

Tak perlu dengan bahan yang banyak, kerana anda pun tentu sudah biasa membuat masakan sweet and sour tu kan.. Hanya perlu menggoreng tofu yang dipotong bulat ini hingga garing dan dan sediakan saja kuahnya..  Hidangan yang sesuai untuk 2-3 orang, kalau nak lebih gandakan saja bahan bahannya.

Bahan Bahan
1 paket tofu telur (dihiris bulat)
1 labu bawang besar (dadu)
1 biji tomato (dadu)
1 tangkai daun bawang (dihiris)
2-3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam dan gula sebagai perasa
3-4 sudu besar minyak

1. Panaskan minyak, goreng tofu hingga garing dan toskan.
2. Kurangkan minyak, tumis bawang besar hingga terbit bau.
3. Masukan cili boh, sos tomato, sos cili, tambahkan sedikit air, renih seketika.
4. Masukan garam/gula dan tomato. Renih hingga pekat.
5. Tuangkan sos yang dimasak keatas tofu yang goreng tadi dan taburkan daun bawang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...