Salam semua.. nampaknya kita akan menghampiri penghujung tahun 2014 tak lama lagi.. cepatkan masa berlalu..takut juga MM memikirkan waktu yang terlalu cepat berlalu, dan dalam tahun ini, bermacam peristiwa yang berlaku, terutama di negeri Palestine yang tidak pernah aman hingga kini kerana mempertahankan Al Aqsa. Sedih dengan cerita yang mereka lalui dan betapa bertuahnya kita yang aman damai tetapi jarang mensyukuri nikmat Allah.. sekurang kurangnya kita boleh berdoa untuk kesejahteraan mereka sambil kita sendiri meningkatkan keimanan untuk menghadapi segala dugaan yang bakal mendatang. Semoga kita tidak terlalu lalai dengan keduniaan hingga melupakan kewajipan sebagai muslim.. bagi ibu muda.. didiklah anak anak dengan ilmu dan keimanan. Ini sajalah yang dapat MM kongsikan bersama.
Walaupun ini merupakan blog masakan, sebagai seorang ibu, isteri dan wanita kita tidak harus lepas pandang tentang apa yang berlaku.. nasihat menasihati adalah tanggung jawab kita bersama.
Berbalik kepada masakan hari ini, merupakan satu resipi timur tengah. Bamia atau bendi yang dimasukan kedalam resepi ini tetapi ditambahkan dengan daging cincang untuk mendapatkan 'one complete meal'.
Caranya memang mudah, bila nasi dan lauk dimasak berasingan dan dituangkan saja lauknya keatas nasi basmathi apabila ia sudah tiga suku masak. Tetapi yang penting adalah semasa memasaknya.. kerana keduanya memerlukan timing atau masa kerana harus menunggu daging empuk dahulu sebelum atau semasa memasak nasi.. kalau takut sangat, masakan saja lauknya dahulu sementara menunggu nasinya hampir masak. Untuk itu MM menggunakan daging cincang dari paket supaya senang memasaknya.
Bahan Bahan untuk nasi
2 cawan beras Basmathi
6 cawan air
1 cawan susu cair
2/3 daun Bay
garam secukupnya
1. Basuh beras, rendam seketika dengan sukatan air diatas selama 15 minit.
2. Masukan kedalam periuk nasi elektrik.
3. Masukan susu, daun bay dan sedikit garam.
4. Masak 3/4 kering airnya.
Bahan untuk Tumis
1 cawan daging cincang (paket)
1 labu bawang besar (dadu)
2/3 ulas bawang putih (sagat atau tumbuk)
1/2 cm halia (sagat/tumbuk)
1 sudu besar rempah kari ayam
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu serbuk garam masala
5/6 bendi muda
1 biji tomato (belah 4)
Rempah serangkai - buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis
1 cawan air
garam dan lada hitam secukupnya
1 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar minyak sayuran
1. Panaskan kuali dengan minyak sapi dan sayuran.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah serangkai hingga terbit bau.
3. Masukan rempah kari yang disatukan serbuk masala dengan sedikit air. Kacau hingga terbit minyak.
4. Masukan daging cincang, kacau sebati.
5. Masukan air. Renih seketika.
6. Masukan garam dan lada hitam.
7. Masukan bendi dan tomato, renih hingga kuah menjadi hampir kering.
8. Tuangkan keatas nasi yang hampir masak, biarkan ia masak sendiri sebelum menguisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan