Khamis, Ogos 28, 2014

Kuey Teow Sup


Salam semua.. dua tiga hari ini, cuaca begitu mendung dan asyik hujan saja.. kalau dulu asyik panas, pun kita akan komplen juga... hmm semuanya ada pros dan cons nya yea.. apapun kita kena redhakan..  Tetapi cuaca yang sejuk begini tentu lebih seronok bagi mereka yang tidak mempunyai apa pa yang hendak dibuat dan menghabiskan masa dengan melayari tv dan melepak.. hmm mentang mentanglah anak semua dah besar, maka terasalah free time itu... hai.. bertuah juga dikala muda dahulu sibuk mencari duit untuk hidup bila dah usia sebegini banyak masa dilakukan untuk diri sendiri.  Terlerailah segala tanggung jawab dari menghantar anak kesekolah, dan lain lain.. bila dikenangkan.. wooow... such hectic life!  Akan tetapi keselesaan pada usia begini tentu boleh diisi dengan membuat benda yang bermanafaat, tak gitu!


Bila dah sejuk sejuk begini, tentu makanan yang berkuah saperti sup dapat menghangatkan badan dari asyik makan makanan yang bergoreng.  Malah memasak makanan begini tak perlu mengambil masa yang lama untuk memasaknya kerana ia terus di masak didalam kuali yang besar.  Sesuai untuk hidangan kecil sahaja. Tak banyak bahan diperlukan untuk kuey teow ini, hanya ayam, fishball, telur dan sayuran saperti taugeh, daun sup, lobak merah dan daun bawang sahaja dan untuk menyedapkan lagi ditambah dengan cili kicap yang mudah dibuat.  



Bahan Bahan
1 kg kuey teow basah (1 paket)
8 keping bebola ikan (dibelah dua)
1 ketul dada ayam (dihiris halus memanjang)
1 cawan taugeh (dibuang ekor)
1 lobak merah kecil (dihiris bulat)
2 biji telur
1 tangkai daun sup (dipotong kecil)
1 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
2 sudu besar tepung jagung
3-4 sudu air
1/2 cawan bawang goreng

Bahan Tumis
1 labu bawang besar/3-4 ulas bawang kecil (terpulang)
1-2 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah sup (Babas)
1 sudu kecil lada sulah
2-3 sudu besar kicap masin
1-2 sudu besar kicap manis
1 liter air
garam secukupnya
3-4 sudu besar minyak

1.  Panaskan kuali besar/wok dengan minyak  sayuran, tumis bawang besar/kecil, bawang putih hingga terbit bau.
2.  Masukan ayam, kacau hingga is bertukar warna.
3.  Masukan lada sulah, rempah sup dan sedikit garam.
4.  Masukan air, didihkan hingga kuah mendidih dan masukan kicap manis/masin.
5.  Masukan telur satu persatu, biarkan ia masak sebentar.
6.  Masukan bebola ayam dan lobak merah, biarkan ia lembut sedikit.
7.  Masukan kuey teow, masak selama beberapa minit supaya lembut.
8.  Masukan taugeh, daun sup dan daun bawang, kacau sebentar, masukan tepung jagung yang digaulkan dengan air, kacau hingga ia pekat, matikan api dan hidangkan bersama bawang goreng dan cili kicap.

Bahan untuk cili kicap
8 biji cili pada (merah dan hijau)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3-4 sudu besar kicap masin
2-3 sudu besar kicap manis

Tumbuk atau kisar cili pada, bawang putih dan halia kasar kasar (terpulang sama ada hendak kasar atau halus) dan tuangkan kicap manis dan kicap masin, kacau rata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...