Isnin, November 10, 2014

Roti Bengali

Hari ini MM pertama kali membuat roti bengali..hmm.. agak puas hati kali ini, kerana ia menjadi.  Memang seronok buat roti, dapat bermain dengan tepung yang mengelembung, apabila adunannya membesar dua atau tiga kali ganda gitu...haa siap kau ku tumbuk untuk mengeluarkan udara.. bukan selalu dapat menumbuk begini, lainlah kalau masuk gusti... kemudian dibiarkan lagi hampir satu jam sebelum ditumbuk dan dimasukan kedalam acuan.. lepas tu dibiarkan lagi selama lima belas minit dalam acuan..dan masih lagi ia mengelembung sebelum dibakar hingga kekuningan.
Untuk membuatnya memang senang.. hanya kesabaran dengan masa sahaja. Tak payah 'bread maker' pun boleh menjadi..
Bahan Bahan
3 cawan air suam (110 deg)
3 sudu besar yis kering (dry yeast)
1/2 cawan gula
3 sudu kecil garam
4 sudu besar minyak sayuran
4 cawan (1 cawan tambahan semasa menguli) tepung roti (bread flour)
1. Tuangkan air suam kedalam satu mangkuk yang besar.
2.  Masukan yis, gula, garam, minyak sayuran kacau sebati.
3.  Masukan 4 sudu besar tepung kedalam adunan, kacau sebentar dan tutupkan mangkuk dengan kain/tuala yang lembab.  Biarkan seketika hingga ia membesar dua kali ganda.
4.  Masukan lebihan tepung. Uli hingga ia tidak melekat untuk mendapatkan doh yang gebu (tambahkan tepung sedikit2).
5.  Sapukan sedikit minyak pada mangkuk, uli dan balikan adunan dan tutupkan ia dengan kain/tuala selama 1 jam.
6.  Setelah ia mengelembung, tumbukan adunan (tambahkan tepung jika melekat). Tutup kembali dengan kain dan biarkan semula selama satu jam.
7.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sapukan tin berukuran 2x6 inci dengan minyak sayuran.
8.  Keluarkan doh dengan menumbuknya sekali lagi dan masukan kedalam acuan. Biarkan selama 15 minit. 
9.  Bakar selama 45 minit hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...