Jumaat, Januari 30, 2015

Churros

Salam semua..  hari ini rasanya nak relaks jea daripada masak memasak, tetapi apabila turun kedapur tenggah hari ini, terdengarlah pula kelentang kelentung bunyi dekat dapur tu, ghopa ghopanya anak dara ku sendang membuat Churros!!.. hmmm baguslah! Tapi bila anak dara masuk dapur emak ni kecut perut sikit, bukan apa, dapur baru sahaja dibersihkan .. cara emak buat kerja lain, anak dara buat lain, aleh aleh emak juga yang kena join ini sekali membuat dan membersih kesemua kelengkapan disitu hmm  Gitulah.. Asalkan dia mahu belajar membuat sendiri pun dah kira syukurlah tu.


Bagi yang tidak tahu apa kah Churros itu ialah adalah  adunan yang sama sahaja  untuk membuat Cream Puff tinggalkan ia di paipkan memanjang.  Tapi kali ini MM syorkan anak dara saya tu membuat Love Shape pula dan dibuat dengan 2 cara yang berbeza, satu di goreng dan satu di bakar.  Perbezaannya, apabila digoreng, ia harus di taburkan atau digemburkan dengan gula saperti membuat donut. Apabila digoreng gula kaster akan lebih mudah melekat daripada membakarnya, jadi terpulanglah sama ada hendak membakar atau menggoreng churros ini.  Malah apabila dimakan panas panas rasanya saperti donut yang krispi gitu.


Tidak semestinya membuat Churros ini memanjang sahaja bentukan sahaja dengan bentuk yang anda suka tapi apa yang perlu diketahui ialah setelah ia dibakar atau digoreng saiznya akan menjadi dua kali ganda besarnya daripada saiz asal semasa sebelum digoreng atau dibakar. 


Goreng sahaja dengan api yang perlahan hingga kekuningan, angkat dan teruskan gemburkan kedalam semangkuk gula.  Untuk menambahkan perisa pada churros ini, sedikit kacang dan serbuk kayu manis telah juga dimasukan kedalam campuran gula kaster.


Bahan Bahan :
1 cawan air
1 cawan tepung
1/2 cawan butter
1/4 sudu kecil garam
3 biji telur
3-4 sudu besar gula kaster
2 sudu besar kacang tumbuk
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

Caranya
1. Dalam periuk yang kecil, gabungkan air, butter dan garam, masak hingga mendidih.
2. Perlahankan api, masukan tepung, kacau rapi hingga menjadi bebola yang tidak melekat. selama       seminit dan angkat.
3. Sejukan sebentar,  masukan telur, satu persatu, kacau hingga sebati.
4. Masukan kedalam piping bag dan paipkan saja terus kedalam kuali atau bakarkan pada suhu 180 darjah C  selama 25 minit hingga kekuningan.
5.  Sediakan satu mangkuk gula kaster, kacang tumbuk dan serbuk kayu manis yang digaul rata.
6.  Angkat churros yang telah digoreng/bakar, gemburkan dalam mangkuk tadi dan hidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...