Time to update resepi... bila hari rajin masak, adalah entri pada blog ini. Hari itu, jalan jalan pasar malam terjumpalah pulak tulang daging lembu. Lama sungguh tak makan masakan tulang daging begini.. Kalau selalu, biasa membuat sup sahaja, atas request Encik suami, maka diikuti lah pula demi menjaga perasaannya.. gitulah kan ada kala you scratch my back or I scratch you back. I please you you please me... hidup suami isteri banyak asam garamnya.
Untuk masakan ini, apa yang MM lakukan adalah dengan merebus dahulu daging bersama sedikit garam selama 2 jam untuk melembutkan sebelum menumis rempahnya, kemudian untuk dimasuk dan dibiarkan ia masak perlahan lahan bersama campuran ubi kentang, lobak merah dan daun ketumbar. Malah batang daun ketumbar dihiris kasar, dimasak bersama rempah daging untuk mendapatkan aromanya.
1 kg. tulang daging lembu
2 biji ubi kentang (dibelah 4 atau 6)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 batang daun ketumbar (dihiris)
Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dadu)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 cm halia (dihiris)
1 cm bunga lawang
3-4 buah pelaga
4 bunga cengkih
2-3 bunga lawang
3 sudu besar rempah daging
3-4 sudu besar santan kotak
5-6 gelas air
garam secukupnya
3-4 sudu besar minyak
1. Rebus tulang daging dengan air yang secukupnya selama 2 jam, tambahkan air jika perlu dan biarkan airnya sama paras untuk ditambahkan bahan tumis.
2. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis hingga terbit bau. (boleh ditambahkan daun kari jika suka).
3. Satukan rempah kari dengan sedikit air, dan tumis hingga terbit minyak, masukan batang daun ketumbar.
4. Tuangkan tumisan kedalam air rebusan daging, kacau sebati.
5. Masukan santan (tambahkan air jika perlu).
6. Masukan ubi kentang dahulu sebelum memasukan lobak merah dan renih hingga lembut.
7. Apabila daging lembut masukan lagi daun ketumbar dan tutupkan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan