Jumaat, Oktober 16, 2015

Ayam Oat Popcorn


Ini merupakan satu resipi ayam popcorn rangup dari anak dara MM yang tiba tiba kepingin hendak masak dan makan sesuatu yang rangup atau 'crunchy', malah beraroma dengan campuran daun kari dan daun limau perut, pelik sikit kan, tapi memang enak kerana ada campuran oats dan roti kisar yang menjadi kan ia lebih rangup dari biasa. Memang susuai untuk orang dewasa dan kanak kanak menjamahnya, tak payah lagi bawa anak anak makan kat luar selalu... buat saja dirumah tak susah mana pun malah menjimatkan. Ia lebih sedap dimakan begitu saja.. (wah!! curi tema roti pulak!).  Memang benar,  cicah saja ayam pada sos digemari.


Lihat saja pada gambar dimana campuran oats dapat memberikan tekstur pada salutan ayam. Untuk mendapatkan isi ayam yang banyak, gunakan sahaja bahagian dada. Potongan isi ayam haruslah kecil sebesar ibu jari.  Kebiasaan menggunakan cara celup telur dan tepung beberapa kali dengan oats yang di campurkan bersama roti biasa yang dikisar dapat menghasilkan salutan yang padat pada isi ayam.


Ayam mula disalut dengan kombinasi tepung gandum, sedikit serbuk cili, lada hitam. Didalam satu bekas yang lain, sebiji telur dipukul, manakala satu lagi bekas diisikan dengan campuran oats dan roti kisar.  Untuk membuat roti kisar, MM hanya menggunakan satu keping roti sahaja. Ia dimasukan kedalam pengisar kering dimana ia dikisar hingga menjadi serbuk roti. Anda juga boleh membuatnya dahulu untuk di sejuk bekukan dan memasaknya apabila perlu.  

Bahan Bahan
2 cawan isi ayam
1 cawan oats instant oats
1 keping roti
2-3 sudu besar tepung gandum
1 ausu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk cili/paprika
1 sudu besar daun kering (dicincang)
1 helai daun limau perut (dicincang)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
Garam secukupnya
2-3 cawan minyak

1. Dalam satu bekas, satukan tepung, serbuk cili, tepung jagung, garam, lada hitam, daun limau perut, daun kari kacau sebati. Masukan isi ayam, gaul hingga sama rata.
2.  Kisar roti dengan pengisar kering, masukan kedalam satu mangkuk yang berisi oats, kacau sebati.
3.  Pecahkan telur dalam mangkuk yang lain, pukul sebentar.
3.  Panaskan minyak dengan api yang sederhana, celupkan salutan ayam kedalam telur, kemudian kedalam roti/oats, telur lagi dan oats lagi hingga mendapat salutan yang padat. Goreng hingga kekuninga, tos dan angkat.  Hidangkan bersama sos yang digemari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...