Rabu, Oktober 21, 2015

Kari Sardin Lempeng Bawang

Salam hari rabu yang jerebu.. Tak habis lagi jerebu ni.. Sampai bila nak habis pun tak tahu. So sebaiknya, duduk rumah, masak dan makan gitu.   Bangun pagi teringat pula nak makan sesuatu yang   tidak berapa pedas hari ini.. Apa yang sampai pada pemikiran MM adalah dengan membuat lempeng bawang untuk dimakan dengan stok simpanan sardin sahaja, pasti menyelerakan sekali sekala.


Resepi lempeng ini sesuai untuk hidangan 2-3 orang makan, tetapi dari satu tin sardin yang mempunyai dalam 4 ketul ikan sardin, dapat juga disimpan lauknya untuk makan tengah hari dengan hanya memasak nasi kemudian.  Apa yang MM suka pada gulai sardin ini ialah penambahan ubi kentang pada gulai ini, malah sos tomato dari kuah sardin itu dimasukan juga ke dalam gulai atau kari ini, menjadikan ia lebih pekat dan masam sedikit..


Untuk adunan lempeng bawang ini, bancuhannya adalah sama saperti kueh dadar dimana MM masukan sebiji telur, susu, daun bawang dan bawang yang dihiris halus. Elok dipakai bawang merah kecil untuk mendapatkan rasa bawang pada lempeng ini, elok di buat senipis yang boleh saperti telur dadar, jadi adunannya haruslah agak cair supaya senang melengang kuali setelah bancuhan dimasukan dengan sapuan sedikit minyak. Gunakan saja api yang perlahan supaya tidak hangus.

Bahan bahan untuk lempeng bawang
1 biji telur
1 cawan susu (anggaran)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan bawang merah (hiris halus)
1/2 cawan daun bawang (potong kecil)
1 sudu kecil serbuk perasa ayam 
1 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak masak

Satukan kesemua bahan, kacau sebati untuk mendapatkan adunan yang agak cair tapi tidak terlalu cair. Panaskan kan kuali leper, lenserkan dengan sedikit minyak, ambil satu besar adunan, masukan adunan, lenggangkan kuali untuk mendapatkan lempeng bulat anggaran 6 inci bulat, tutup sebentar, balikan dan angkat. (Percikan sedikit minyak untuk mendapatkan tekstur garing pada lempeng)


Bahan untuk Kari Sardin
1 tin sardin (sederhana)
1 biji ubi kentang (belah 4/6)
1 biji tomato (belah 4)
1 cili merah (hiris memanjang)
1 helai daun kari
1bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (hiris atau ketuk)
2 sudu besar rempah kari
1 paket santan kotak
2 cawan air
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil halba, 
Garam secukupnya
2-3 sudu besar minyak.

1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari, biji sawi, halba hingga terbit bau dan kekuningan.

2.  Masukan rempah kari yang dikacau dengan sedikit air, tumis hingga terbit minyak.

3.  Masukan air dan santan, renih sebentar hingga mendidih, masukan ubi kentang, renih hingga lembut.

4.  Masukan tomato dan ikan sardin, masukan sekali sos sardin.

5. Apabila hampir masak masukan sedikit daun kari dan cili merah. Hidangkan bersama lempeng bawang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...