Semalam, MM begini bertenaga sekali untuk membuat Lepat Labu dari labu yang dibeli terdahulu. Walaupun tahu bahan yang diperlukan masih tidak mencukupi saperti kelapa parut untuk inti lepat labu, akan tetapi mahu juga diteruskan membuatnya dengan merebus dahulu labu yang dipotong supaya senang di sediakan nanti. Selalunya MM akan berpesan sahaja pada 'sundry shop' dekat rumah, yang selalu menghantar barang barang kering dengan hanya perlu menaliponnya sahaja. Nasib tidak menyebelahi MM nampaknya hari itu kerana taliponnya tidak berjawab, setelah diselidiki, difahami 'tokey' nya tutup kedai hari ini, kerana menghadiri graduasi di universiti.. Pun begitu MM masih tidak berputus asa kerana masih lagi mempunyai 'second option' iaitu membuat bingka sekiranya malas hendak membeli kelapa parut itu... Memandangkan penyediaan membuat labu memang agak renyah sedikit kerana daun pisang yang perlu disalai, dan lepat pula perlu dikukus.. Haaa..kan banyak kerja tu.. Nak makannya sekejap sahaja nak membuatnya.. Faham faham lah sendiri.. So pilihan kedua ialah membuat bingka labu sahaja.
Setelah labu direbus lembut, MM menambahkan tepung gandum, gula dan sedikit garam. Bahan bahan itu adun sebati, jadi untuk memudahkan kerja MM hanya perlu menambahkan sahaja telur dan santan bagi membuat bingka labu ini. Mudahkan..selepas itu dimasukan sahaja kedalam acuan dan dibakar hingga kekuningan.. Maka siaplah bingka labu ini. Malah MM tidak pula menggunakan sukatan tetapi dapat mengagakkan sukatan saperti bancuhan cucur kodok dimana ia sama saperti adunan itu. So ..kita haruslah pandai mengandaikan sendiri sebanyak mana bahan yang diperlukan untuk membuat sesuatu masakan. Apa yang penting setiap adunan haruslah mempunyai daya dan fahaman saperti kepekatan, kecairan dan rasa, akan tetapi MM dapat mengandaikan sukatan saperti berikut.
Bahan bahan
1/2 potong labu (direbus untuk mendapatkan 2 cawan labu)
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
3-4 sudu besar santan kotak
Secubit garam
1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati.
2. Panaskan oven selama 10-15 minit, lenserkan acuan (bersesuaian dgn kuantiti) dengan butter.
3. Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar selama 40-45 minit hingga kekuningan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan