Ahad, Disember 06, 2015

Puding Cokelat Kastad

Sudah Disember nampaknya, hari berganti hari, bulan berganti bulan, kini hampir berganti tahun.  Hidup diteruskan juga dengan apa yang perlu kita lalui sama ada suka duka semuanya menjadi pengajaran hidup untuk mematangkan kita melalui pengalaman yang harus diambil sebagai ikhtibar untuk mencari segala kebenaran tentang kehidupan..  MM tetap meneruskan dunia masakan kerana ia merupakan pengisi masa yang terluang.


Hari ini MM rasa hendak menyejukan tekak dengan membuat puding saja kerana lama juga tidak membuatnya. Elok jugalah kerana kebelakangan ini MM tidak berasa begitu sihat.  Mungkin juga faktor cuaca.. Memang sedap puding ini kerana MM dapat merasakan keenakan cokelat pada puding ini.  Ia merupakan puding dua perasa iaitu cokelat dan kastad yang pernah MM buat dahulu tetapi dengan acuan yang berbeza.  Bila dah siap hidangkan sahaja dengan ceri merah dan cokelat yang disagat..


Bahan bahan
1 paket agar agar serbuk (10 gm)
600 ml air
100 ml susu segar
2 sudu besar tepung kastad
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air suam
Sedikit ceri merah dan cokelat sebagai hiasan

1.  Masak agar dengan 600 ml air dan gula hingga larut.
2.  Bancuh susu segar bersama telur yang pukul, kastad dan vanila, kacau sebati.
3.  Setelah agar agar larut tuang kan setengah bancuhan susu tadi, sebahagian akan dicampur dengan koko., dikacau dibiarkan dahulu.
4.  Tapis dan tuangkan lapisan kastad dahulu kedalam acuan dan biarkan agar agar beku.
5.  Masukan sebahagian lagi kastad yang dicampurkan dengan koko (koko dicampurkan air suam, kacau sebati) dan tuangkan pada lebihan adunan kastad tadi, kacau seketika hingga diatas api yang perlahan.
6.  Apabila agar agar beku, cucukan sedikit dengan garfu, tuangkan adunan koko keatas lapisan pertama tadi.  Sejukan kedalam peti sejuk sebelum menghidangnya.
7.  Hidangkan dengan ceri merah dan cokelat yang disagat.





















1 ulasan:

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...