Jumaat, Disember 25, 2015

Walnut Butter Cookies

Terkadang kita merasakan kita lebih mahu berehat dan berlepak sahaja, tetapi kita merasakan banyak masa terbuang begitu sahaja.. Antara mahu melakukan sesuatu yang bermanafaat atau berlepak adalah satu pilihan..malah boleh keadaan boleh membosankan.  Hari hari yang dilalui kalau tidak dilakukan dengan tanpa membuat apa apa untuk kebaikan diri digolongkan sebagai pembuang masa.  Lihat sahaja pada mereka yang berjaya, memanafaatkan masa adalah kunci segala kejayaan didalam kehidupan.  Sedih sekali melihat anak anak mudah terutama golongan lelaki dimana banyak yang suka menghabiskan masa dengan merempit, dari golongan inilah yang menghasilkan masaalah sosial yang tidak kesudahan termasuk juga anak anak gadis yang tidak dididik dengan didikan yang sempurna oleh ibu bapa, kerana tumpuan hidup mereka adalah  kepentingan diri sendiri. Hari ini MM rasa nak beceloteh sedikit sebab terlalu banyak gejala sosial yang berlaku sekarang dan agak menakutkan.  Manusia begitu mudah terpengaruh dengan kebendaan dan kelekaan hingga lupa pada penguasaan diri, apapun masak tetap masak, maka ajarlah anak tidak kira lelaki ke perempuan dalam bidang masakan daripada membiarkan mereka melayan kehidupan sendiri..ini satu pesanan kepada ibu ibu muda diluar sana tu, supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.


Akibat kebosananlah terjadi biskut atau 'Walnut Butter Cookies' ini.  Disamping mempunyai satu paket walnut yang MM beli MM letakan sahaja diatas adunan biskut ini daripada membuat cookies yang biasa sahaja, lebih rangup dan 'crunchy' gitu.  Kalau suka boleh juga dikisar walnut untuk dimasukan kedalam adunan biskut, terpulang juga kepada kehendak masing masing.


Adunan yang telah diadunkan boleh sahaja di masukan kedalam 'piping bag' atau boleh sahaja menggunakan acuan kecil dimana ia terus ditekankan dengan ibu jari saperti acuan 'semperit'.  Disini MM membuat dengan dua versi, satu acuan semperit dan satu lagi dipaipkan. 

                                         

Bahan bahan
250 gm Butter 
200 gm gula perang
1 biji telur
1 esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan walnut (dipecahkan)

1.  Panaskan oven pada suhu 160 darjah C, sediakan dulang pembakar dengan sedikit sapuan butter.
2.  Pukul butter dan gula hingga kembang.
3.  Masukan telur, pukul sebati.
4.  Masukan vanilla.
5.  Masukan tepung sedikit demi sedikit (ayak kedua2 tepung). Uli hingga mendapatkan adunan yang lembut.  Biarkan selama 4-5 minit.
6.  Masukan kedalam 'piping bag' tekan dan pusing untuk mendapatkan bentuk bulat anggaran 2 cm. Letak Walnut pada atasnya dan bakar selama 20-25 minit hingga kekuningan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...