Ahad, Mac 12, 2017

Agar agar Susu Selasih



Salam semua.. hari ini MM mempunyai lebih masa untuk nak update blog ni, so time mengadap komputer  sajalah hari ini.  Kebelakangan ini kita menghadapi cuaca yang begitu panas sekali kan hingga MM sendiri tak sanggup nak keluar rumah gitu... so, duduk rumah bagi MM adalah lebih selesa.


Biji selasih merupakan sesuatu yang begitu berkhasiat untuk kesihatan.  Apa yang MM fahamkan ia berasal dari tumbuan pokok selasih atau 'Basil' dimana ia mengandungi berbagai khasiat kesihatan saperti mengawal gula dalam darah,  membantu mereka yang berdiet, membantu insomnia dan lain lain, fakta ini MM perolehi dari blog Tazkirah.  Terima kasih Tazkirah kerana sudi berkongsi khasiat biji selasih yang murah sekali harganya.  Malah MM sendiri berasa bertuah dapat membelinya dipasaraya yang siap dibungkus didalam paket yang berisi sirap merah. Senang dan mudah gitu.. Kalau rasa susah hendak mendapatkannya boleh saja dibeli dipasar atau kedai runciy dimana ia direndamkan dahulu hingga kembang, dan hanya campurkan sahaja pada sirap agar agar.

Untuk membuat agar agar ini MM, telah merebus agar agar hingga benar benar larut, dimasukan perisa ros dan gula.  Adunan kemudian dibahagikan kepada dua bahagian untuk disuai padankan dengan dua perisa.  Bahagian bawah adalah campuran susu dan telur dan diatasnya adalah sirap selasih. Bahagian susu haruslah dilakukan dahulu.  Letakan sahaja di atas api, kemudian dicampurkan kedalam bahagian pertama, dituangkan kedalam acuan dahulu untuk dibekukan dahulu sebelum menuang bahagian sirap selasih diatasnya.  Apabila bahagian telah beku, gunakan sahaja garfu untuk dicucukan sedikit pada permukaan agar agar lapisan bawah, tujuannya ialah supaya ia dapat melekatkan bahagian sirap selasih yang diatas itu.  Bahan dan caranya adalah saperti dibawah.



Bahan Bahan
1 paket agar agar (20 gm)
400 ml air
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 esen vanila
1 sudu esen ros
1 paket sirap selasih (anggaran satu cawan)

1.  Rebus agar agar hingga larut.
2. Masukan gula dan esen ros, kacau hingga larut dan mendidih.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian dengan menuangkan kedalam periuk yang berasingan.
4. Panaskan periuk pertama untuk membuat bahagian bawah.
5. Satukan susu cair, esen vanila, susu pekat, masukan kedalam bahagian pertama, kacau hingga pekat dan mendidih.
6. Tuangkan kedalam acuan empat segi (5x5 inci atau 6x6 inci), sejuk bekukan dahulu. Setelah beku, gunakan garfu dan cucuk sedikit bahagian atasnya.
7. Panaskan kembali bahagian yang kedua, masukan sirap selasih, kacau hingga mendidih, tuangkan keatas bahagian pertama. Sejukan dan masukan kedalam peti sejuk sebelum memotongnya.

2 ulasan:

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...