Hari ini MM merajinkan diri dengan membuat Puff Daging Cincang yang mudah dan cepat. Sesuai dijadikan hidangan untuk sarapan pagi ke, 'high tea' kalau nak makan anytime pun boleh saja, asalkan makan, alhamdulilah. Ini juga makan kegemaran MM kerana kulit pastrinya begitu rangup dan apabila dikenakan bersama daging cincang yang dimasak berperisa kari ini pasti terasa saperti karipap juga tetapi yang ini lebih enak dan rangup kerana ia dibakar dengan sapuan telur diatasnya dan dibakar hingga kekuningan dan rangup. Diawal resepi yang MM lakukan untuk membuat kulit atau doh untuk karipap, kali ini ia agak berbeza sedikit kerana ia dicampurkan dengan sebiji telur.
Saperti gambar dibawah, ia merupakan cara MM mebuat 'Puff' ini, malah melihatkan gambar adalah lebih mudah untuk mengetahui cara membuatnya daripada membaca setiap perkataan yang ditulis pada setiap resepi gitu..
1. Lima bahan dibuat untuk dohnya, tepung, susu, telur, butter dan garam. Semuanya dimasukan kedalam pengisar atau boleh saja di uli dengan tangan dengan mencampurkan kesemua bahan dengan memulakan campuran tepung, garam dan butter di picit dan disebatikan dengan hujung jari, telur dan susu dipukul bersama dan perlahan lahan dimasukan kedalam tepung, diuli hingga tidak melekat. kemudian ditaburkan sedikit tepung untuk mendapatkan doh yang gebu dan lembut.
2. Doh kemudian dicanai hingga mendapatkan doh yang 'oval' atau 'oblong'.
3. Inti kemudian diletakan ditengah doh, dengan menggunakan pisau, potong disetiap tepi bahagian saperti diatas, kemudian dilipat satu persatu hingga habis, seeloknya diletakan diatas tin pembakar yang disapukan sedikit butter sebelum melipatnya hingga habis, haruslah dimulakan dibahagian hujungnya dahulu.
4. Sebiji telur dipecahkan, dipukul untuk sapuan diatas permukaan 'puff' ini. Haruslah di samaratakan sapuan untuk mendapat hasil kekuningan yang cantik selepas membakarnya.
Bahan untuk inti
1. 1 cawan daging cincang
2. 1 labu bawang besar (dadu kecil)
3. 1 ulas bawang putih
3. 2 buah pelaga, 3 ulas bunga cengkih, 1 bunga lawang.
4. 1 daun bay (boleh guna daun kari)
5. 1 biji tomato (dadu)
6. 2 sudu besar serbuk kari
7. 1 sudu besar sos barbeku
8. garam dan lada secukupnya
9. 3-4 sudu besar minyak
10. 1 cawan air
1. Panaskan kuali, dengan minyak, tumiskan dahulu daging hingga bertukar warna dan terbit minyak. Masukan daun bay/daun kari.
2. Masukan setengah daripada bawang yang telah didadu bersama bawang putih. Masukan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kacau sebentar.
3. Masukan serbuk kari kacau sebentar, asukan garam dan lada, masukan air, renih seketika dan masukan sos berbeku.
4. Renih diatas api yang perlahan, masukan tomato dan lebihan bawang, masak hingga ia hampir kering, tutupkan ap dan sejukan seketika, sebelum diletakan diatas pastri yang telah dicanai tadi.
5. Lakukan langkah pertama untuk membuatnya saperti gambar diatas.
6. Bakar pada suhu 180 darjah C hingga kekuningan selama 30-35 minit. Sejukan sebelum memotongnya.
# Hidangkan bersama daun pudina diatasnya, untuk menambahkan perisa pada 'puff' ini.
Untuk menghidangkan nya, potong sahaja menggikut garis 'puff' ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan