Musim mangga kembali lagi, hari itu MM membeli dua biji mangga saja kerana ingin membuat 'sorbet Mangga' . Mangga yang dibeli pulak satunya masam dan satunya manis. begitulah citernya, nasib namanya, kerana kita tidak akan tahu rasanya hingga kita membelah dan memakannya. So, apa lagi, setelah satu dibuat 'sorbet' satu lagi yang hampir masak ini dibuatkan 'salad' atau kerabu mangga. Campuran untuk mangga yang MM gunakan tidak banyak, hanya mangga, bawang besar, cili dan pudina. Untuk menambahkan perisa pada salad/kerabu ini, MM menggunakan campuran madu dan lemon serta garam dan lada, mudah gitu.. Puas memakannya, kalau meratah begitu saja pun MM suka.
Untuk membuatnya hanya perlu menghiris kesemua bahan tidak termasuk daun pudina, petik sahaja daun pudina dan cumpurkan kedalamnya. Pilihlah mangga yang hampir masak kerana ia akan memberi rasa masam dan tidak berapa manis. begitu sesuai untuk membuat salad atau kerabu. Pilihlah apapun jenis mangga, memang sesuai untuk salad asalkan tidak terlalu masak.
Untuk membuat sosnya, dengan menggunakan sebiji lemon dan 2-3 sudu besar madu, hanya tambahkan lada dan garam sudah cukup untuk mendapatkan perisa yang MM kehendaki.
Bahan yang dihiris
1 biji mangga hijau
1 cili hijau
1 cili merah
1 bawang besar (ambil setengah sahaja)
segenggam pudina segar
Bahan untuk sos
1 biji lemon (ambil jusnya)
3-4 sudu besar madu
sedikit lada hitam
secubit garam
Gaulkan semua bahan bahan diatas, masukan pudina, kacau rata dan tuangkan saja sos nya.
sedapnyer...
BalasPadam