Bihun Singapura
Yang ini ke kegemaran ketua keluarga.. bihun pun ada macam macam jenis.. tapi seeloknya pilihlah bihun jenis yang halus sekali.. sebab bila goreng pun senang dan tak mual.
Bahan bahan :
1 paket bihun (direndam)
2 tangkai sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging cincang
1-2 sotong (dihiris)
1 cicli merah
2 biji telur
3-4 sudu kicap cair.
2 sudu sos ikan
Bahan yang di tumbuk
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 camca lada hitam
1. Panaskan minyak , pukul telur dengan sedikit garam dan goreng hingga pecah dan angkat.
2.Tambahkan sedikit minyak dan goreng daging cincang hingga naik minyak dan masukkan air.masukkan garam.
3.Masukkan sotong, kicap dan sos ikan. tambahkan air jika perlu.
4. Masukkan bihun dan sawi dan kacau hingga rata |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan