Lempeng Pisang/kelapa
Haa.. yang ini pulak idea tiba tiba datang kerana teringatkan lempeng yang pernah mak buat dulu.. masa kecik kecik.. tapi mak tak buat macam ni, lempeng mak hanya tabur kelapa diatas.. soo tengok tengok juga orang punya resepi ada juga yang buat begini tapi tak bubuh kelapa... haiiii.. nak lebih pada orang kut.. makanya ditambahkan kedua dua nye sekali.. apa salahnye kan.. lagi berflavor.... yang letakkan anggur tu bukan apa... makan buah dulu... lepas tu makan lempeng tu.. barulah bagus untuk digestion... lagi pulak terfollow sikit style mak salleh instead of bubuh santan pada lempeng tu.. digantikan pulak dengan low fat milk.. jadi tak payahlah nak perah.. perah .. santan.. jimat masa.. tambah pagi pagi mata pun mengantuk lagi.
Bahan bahan : 1 1/2 cawan low falt milk (faham2 lah)
2 cawan tepung gandum (agak agak jugak takut tebal)
3-4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 biji pisang emas
1/2 cawan kelapa parut (masukkan sedikit garam)
1. Masukkan susu, gula, garam, dan tepung dan 2 biji pisang dan terus kisar hingga sebati. Adunan ni harus pekat -tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak, ambil senduk dan tuangkan adunan atas kuali yang mula panas. taburkan pisang yang di potong kecil kecil (lebihan pisang tadi) dan taburkan kelapa.. tunggu hingga bawah nya masak (iaitu tidak melekat dan balikkan supaya sebelah lagi menjadi kekuningan dan sempurna masaknye..) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan