Jumaat, April 27, 2012

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur Udang ini istimewa sikit, sebab pakai tepung kacang dal.. didalamnya diacampur pulak dengan cincangan udang, bawang besar, karot dand daun bawang yang dihiris memanjang, Sedap dimakan panas panas dan dicicahkan dengan sos cili.
Bahan bahannya : 1 cawan tepung kacang dal, 1/4 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil serbuk penaik, 1/2 cawan udang basah yang di cincang , 1 batang karot kecil (dihiris memanjang), 1 bawang besar dihiris halus dan daun bawang dipotong 1 inci., sedikit garam dan air.
1.Satukan tepung kacacng dah dan tepung gandum dan masukkan sedikit air, masukkan garam dan anggarkan kepekatan campuran supaya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

2. Masukkan bawang, karot, udang, daun bawang dan kacau hingga sebati. Lebihkan bahan dari adunan tepung .

3. Panaskan minyak untuk menggoreng (deep fry) dan jemput kan adunan dan goreng hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...