Khamis, April 26, 2012

Spaghetti Ayam dan Cendawan

Spaghetti Ayam dan cendawan

Hari ni tiba tiba anak perempuan talipon nak ajak kawan belajar buat spaghetti selepas sekolah.. since tak masak dari pagi tadi terpaksa jugalah sediakan bahan bahan sebab tak payah fikir untuk makan malam nanti. Seramai 3 orang mereka datang dan terus memulakan expedisi masakan ini.. hi hi...biasa biasa saperti spaghetti yang dibuat dekat little kitchen, hanya kali ini ayam di potong kasar kasar and ditambahkan dengan cendawan butang yang didalm tin.
Sosnya pula agak berkuah sedikit supaya senang nak slurrp..

Bahan bahan: 1 tin Prego Traditional, 1 tin Prego Mushroom (cendawan),  1 mangkuk kecil ayam yang telah di cincang kecil, 1 tin cendawan butang (dihiris halus), 1 biji bawang besar (didadu), 2 ulas bawang putih, 1 sudu besar minyak zaitun. sedikit daun basil., sedikit garam.

1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan  Ayam dan masak seketika hingga ayam kecut.
3. Masukkan kedua dua sos Prego dan tambahkan dengan 1 tin air. Masukkan sedikit garam.
4. Renihkan seketika hingga kuah menjadi pekat dan masukkan cendawan dan daun basil.

Spaghetti yang telah dicelur hingga lembut dan ditambahkan dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
Inilah hasil kerja tangan mereka.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...