Selasa, Mei 01, 2012

Makan Makan

Hari ni 1 hb May.. jadi takkan hari hari nak masak kan!! Hari pekerja kebanyakkan bercuti so time chef pun bercutilah.. Hari ni kalau pergi shopping mall semuanya penuh..ingatkan nak pergilah beli grocery sedikit.. kenalah pula tukar plan, sebab parking pun susah. so..jalan jalan lah dekat Queensbay Mall, serupa juga.. akhirnya kami melalui susur pantai ke Batu Maung, ingatkan nak pergi restoran nelayan.. tiba tiba terjumpa pulak dengan restoran yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu..Not bad!! dari segi layout dan dekornya.   Ia terletak dalam kawasan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Pulau Pinang). Inilah bangunannya (gambar diatas) diuruskan oleh bumiputera sendiri.
Nama restoran ni saperti didalam gambar ni.
Overall, 'ambience' (suasana) dan dekornya ok.. ada kelas juga.. waiter beruniform dan service nya pula agak pantas..  Tertarik dengan binaan dalaman yang luas dan juga sesuai jika hendak melakukan kenduri kahwin atau majlis majlis yang lain. Boleh juga nak rekomen dekat kawan kawan..
Makan yang disediakan adalah makanan Thai ada juga karinya yang 'kaw'.serius.. sedap sangat kari ikan yang disediakan.  Oleh kerana hanya berdua dengan hubby maka hanya order makanan yang simple. Ada juga ikan kukus dan kari kepala ikan 
Ini adalah antara hidangan yang kami pesan, Kari Ikan bawal, sotong goreng tepung yang ranggup, kangkung belacan dan telur dadar. Puas makan dan rasa berbaloi sebab harga pun, makan untuk dua orang hanya RM43.00.. 
Kami bertanya juga, siapa yang memasak.. rupanya seorang wanita yang berumur so fahamlah, air tangan orang yang berpengalaman. Sotong goreng tepung diatas (gambar)  sangat ranggup, nanti nak cuba buat resepi ini pada blog.. bukan tak pernah buat tapi tak sesedap sotong ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...