Khamis, Mei 03, 2012

Puding Suji

Puding Suji

Puding  ni memang sedap dan mudah dibuat, tapi.. tidak mudah pulak nak membuatnya kalau baru belajar macam saya ni.. ialah..bukan biasa sangat tapi nak buat juga.. dah pernah buat dekat www.ourlittlekitchen.net tu, tapi yang ini lebih mudah tak payah goreng dengan minyak sapi. Bila nak masak ni, kena jaga jaga sebab suji apabila masak ia akan cepat kental dan harus menjaga api supaya 'slow' selalu.

Selepas dimasak, di hiaskan dengan kismis dan badam yang siap dicincang (boleh didapati di supermarket) . Elok disejukan didalam peti sejuk dan makan sebagai pembasuh mulut.

Bahan bahan yang digunakan : 1 gelas susu (low fat milk), tepung suji,  1/2 cawan kismis, 3/4 gelas gula, 1 camca kecil esen vanilla, secubit garam.

Masakkan susu dengan api yang perlahan dan masukkan gula, kismis, esen vanilla, kacau seketika, kemudian masukkan tepung suji dan kacau dengan api perlahan sehingga sebelum mendidih dan kental tetapi pekat dan terus tuangkan pada acuan yang disukai. Hiaskan dengan kismis dan badam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...