Nasi Lemak Basmati.. hmmm.. Nampak kering sikit kerana menggunakan santan kotak.. biasalah asalkan boleh ngap pun ok.. Nasi ni dimakan bersama rendang ayam, ikan bilis dan kacang goreng serta timun dan telur rebus. Rendang pulak saja dibiarkan basah basah kering. Kalau nak lebihkan kuah rendang tu memang ada.. hanya tambahkannya saja. Menggunakan santan kotak pada masakan terutama pada gulai/kari memang memberikan kepekatan walaupun rasanya tak sehebat santan.. tapi pasa nasi lemak ini, tambahkan saja dengan lebihan halia dan bawang untuk melemakkannya.
Bahan Bahannya
1 tin beras basmati (direndam terlebih dahulu selama 15 minit)
4-5 ulas bawang kecil (hiris)
2 inci halia dipotong kasar
4-5 helai daun pandan
1 kotak santan yang ditambahkan sukatan air,
sedikit garam
1, Setelah beras direndam, ukur air dengan jari sebanyak mana beras sebanyak itulah air dan masukkan 2-3 sudu santan dari kotak.
2. Masukkan hirisan bawang merah, halia, daun pandan dan garam dan kacau.
3. Letakkan dalm 'rice cooker' dan tanak seperti biasa.
Sementara nasi masak, gorengkan ikan bilis dan kacang hingga garing, potongkan timun dan rebuskan telur hingga masak. Hidangkan bersama sambal/rendang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan