Khamis, Jun 14, 2012
Rendang Ayam
Sesiapapun pandai masak rendangkan! kalau dulu, teringatkan masa kecil, kalau rendang waktu hari raya, jelah rasa kehebatan rendang, bila ingatkan banyaknya bahan bahan yang hendak digunakan terutama sekali apabila kelapa hendak dikukur, nak perah santan lagi.. Wah .. Kena kerja dalam satu team baru rasa puas nak membuatnya.. Tapi sekarang, kelapa.. Dalam kotak lagi.. Apa susahnya! Blender pun ada.. Senang tak terkata. So..masak rendang anytime je.. Untuk membuat rendang moden ni. Semakin simple..
Bahan bahan
6-7 ketul ayam yang dibuang kulit (utk. Kesihatan!)
2-3 asam keping
2-3 sudu kerisik
2-3 sudu cili boh
1 btg daun kunyit
2-3 helai daun limau perut
1 kotak santan kelapa (atau santan dari sebiji kelapa) Garam dan gula untuk perasa
Bahan untuk diblender
6-7 bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
1/2 inci kunyit
1. Dalam kuali besar, masukkan ayam, bahan yang diblender, cili boh dam masukkan 1/2 darpada santan kotak dan campurkan dengan sedikit air anggaran 1-2 cawan dan jerangkan diatas dapur. Masak hingga ayam menjadi sebati dan pekat.
2.Masukkan garam, gula, asam keping, daun kunyit dan daun limau perut.Tambahkan santan dan kacau bersama kerisik dan perlahankan api dan terus masak hingga kuahnya menjadi sedikit dan terbit minyak.
## sekarang kerisik pun senang didapati dari dalam paket... kalau susah nak mendapatkannya. goreng 1 cawan kelapa hingga garing dan tumbuk hingga terbit minyak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan