Jumaat, September 28, 2012

Bihun Goreng


Hari ni, teringin pulak nak makan bihun goreng! semalam dah buat kuey teow goreng... sebabnya malas nak makan nasi.. Comfort food jugalah ni.. boleh ulang ulang beberapa kali dalam sehari. Bihun pun ada macam macam stylekan! kali ni, nak makan style goreng merah bercili, kaya dengan sayuran, sawi, taugeh, karot, taukua, udang dan telur dadar..  selera pun kena ikut mood juga..  kadang nak makan manis, kadang kadang nak makan pedas.. pelik kan!  



Bahan Bahan
4 keping Bihun A1 (lebih halus)
1 cawan udang basah
1 biji telur (dipukul bersama sedikit garam)
3 ikat sawi cina (potong 1 inci)
1/2 karot (dihiris memanjang)
1 cawan taugeh
1 biji tomato (didadu)
1 biji cili merah (dihiris)
1 pokok daun sup dan daun bawang
2 biji taukua (digoreng dan dihiris)
Seikit bawang goreng (untuk ditabur)
Minyak, gula dan garam untuk perasa.

Bahan Kisar
1 biji bawang besar (boleh gunakan bawang kecil)
2 ulas bawang puteh
5-6 biji cili merah
1-2 sudu udang kering

Bahan Tambahan
1-2 sudu sos tiram
2-3 sudu kicap pekat
1-2 sudu sos ikan
2-3 sudu sos tomato
2-3 sudu sos cili.

1. Panaskan kuali dan goreng telur untuk membuat telur dadar dan ketepikan.
2. Tambahkan minyak dan goreng taukua yang dibelah dua - ketepikan
3. Tambahkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
4. Masukkan udang dan goreng seketika, masukkan sedikit air (1/2 cawan atau lebih).
5. Tambahkan bahan perisa - garam, kicap, sos tomato, sos cili, sos ikan, kicap dan anggarkan kuah nya cukup untuk bihun.
6. Masukkan sayur sawi, tomato, dan bihun dan gaul hingga sebati.
7. Masukkan taugeh, daun sup dan daun bawang dan renihkan sebentar sambil mengacau hingga bihun menjadi lembut.
8. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, telur dadar, cili merah, daun sup/bawang dan taukua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...